Khamis, 19 Ogos 2010

DAP dapat permit Roket dari KDN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: DAP hari ini menerima surat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa permit Roket Bahasa Inggeris dan China telah diluluskan, kata Setiausaha Publisitinya, Tony Phua.

Menurut Tony, pihaknya akan membuat bayaran sebanyak RM50 segera kepada KDN untuk membolehkan permit itu dikeluarkan.

Nasib Roket sama sahaja dengan Harakah iaitu hanya boleh dijual kepada ahli DAP sahaja di samping boleh dijual di pejabat urusan dan markas DAP sahaja.

Dengan kelulusan ini, hanya tinggal permit Suara Keadilan sahaja yang masih belum diluluskan oleh KDN.

Sebelum ini, KDN memberikan pelbagai amaran dan surat tunjuk sebab ekoran tindakan Harakah, Suara Keadilan dan Roket terus diterbitkan walaupun permit masing-masing belum diperbaharui oleh mereka.

Namun, selepas surat-surat itu dibalas, hanya Harakah yang mendapat permit dan diikuti dengan Roket hari ini.

Tiada ulasan: