Khamis, 19 Ogos 2010

Buang bayi: Sepasang kekasih ditahan ketika dapatkan rawatan

MELAKA: Tembelang sepasang kekasih yang membuang bayi lelaki berusia lima bulan ke dalam tong sampah Hospital Melaka di sini terbongkar apabila kedua-dua mereka ditahan ketika ibu bayi itu mendapatkan rawatan di hospital tersebut kelmarin.

(SEORANG anggota polis memeriksa mayat bayi lelaki (dalam bulatan) yang ditemui di pusat pengumpulan sampah Hospital Melaka semalam. Gambar kecil pula ialah bayi lelaki yang ditemui di Seberang Takir, Kuala Terengganu. -foto Kosmo!)

Kejadian pukul 4 petang itu terbongkar apabila kakitangan hospital berasa curiga melihat keadaan wanita tersebut seperti baru bersalin walaupun pada mulanya dia menafikannya.

Selepas didesak, wanita tersebut akhirnya mengaku yang dia baru sahaja melahirkan anak di dalam tandas hospital sebelum membuangnya di dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pencuci bangunan kemudian secara tidak sengaja telah memindahkan sampah yang mengandungi bayi tersebut ke dalam tong sampah besar.

Sehubungan itu, polis terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk mencari mayat bayi tersebut dengan menyelongkar lebih 20 buah tong sampah sebelum ia ditemui pukul 1.50 petang semalam di pusat pengumpulan sampah hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sebaik menerima maklumat, kita telah melancarkan operasi mencari mayat bayi tersebut. Polis bernasib baik kerana menemuinya semula," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam. -Kosmo!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gejalah buang bayi ni makin menjadi-jadi. hmpir tiap hari ada ja berita buang bayi dilaporkan, mreka ni tk sdar2 ke yang perbuatan ni sgt kejam. mereka ni patut dihukum dgn seberat-beratnya.

joey berkata...

sungguh kejam...kes buang bayi semakin menjadi-jadi sekarang. remaja perlulah berfikir secara matang dalam melakukan sebarang tindakan. pekara seperti ini perlu dibendung dengan segera.

Unknown berkata...

Why all of the sudden there are many cases of ppl dumping their babies?? This is getting out of hand! These kind of people should be punish for their cruel act.

Anak Sabah berkata...

Memang susah hati bila mendengar kes pembuangan bayi. Sekurang-kurangnya mereka boleh menyerahkan anak mereka kepada pusat pengambilan anak supaya bayi tersebut boleh mendapatkan kehidupan yang baik dengan ibu-bapa angkatan yang baik kelak. Tapi ibu-bapa kandung yang kejam ini langsung tidak memberi peluang kepada anak ini untuk teruskan hidup kerana ingin menyelesaikan masalah dengan cara yang cepat.

Mahsiran berkata...

penahanan sepasang kekasih ini perlu lagi siasatan dan sekiranya mereka bersalah pastikan hukuman adalah setimpal dengan kesalahan mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia yang sanggup membunuh bayi. persoalannya adakah pasangan ini bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati?

Unknown berkata...

Nampaknya kes buang bayi semakin meningkat.Haiz...kenapa perlu di buang darah daging sendiri???Mereka sepatutnya bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka.