Selasa, 10 Ogos 2010

"Biar Sabah tangani isu pendatang tanpa izin" – BN negeri

kasim sulaiman_250_220 Oleh Ivan Ho

LAHAD DATU: Seorang pegawai kanan Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan persekutuan supaya berhenti dari melambat-lambatkan isu pendatang tanpa izin di Sabah.

"Tidak perlu kepada kajian dan uji makmal. Sudah tiba masa untuk bertindak. Jika kerajaan pusat tidak boleh melakukannya, beri kami kuasa, sumber kewangan, bantuan logistik dan kami akan melaksanakannya," kata Setiausaha BN Silam, Kassim Sulaiman.

Beliau berkata, isu pendatang tanpa izin ialah isu persekutuan dan kerajaan persekutuan harus faham bahawa masyarakat Sabah merasa bimbang bilangan mereka akan ditenggelami dengan jumlah orang luar.

"Hari ini, isu ini telah merombak demografi, lanskap politik dan ekonomi Sabah dan jika dibiarkan, memberi kesan buruk kepada kepentingan Sabah.

Kassim, yang juga ahli majlis daerah Lahad Datu berkata, beliau kesal dengan sikap kerajaan persekutuan kerana tidak menganggap perkara ini penting bagi mereka (sepertimana yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala baru-baru ini.)

Kerajaan persekutuan tidak boleh menyifatkan masalah pendatang tanpa izin tidak penting untuk negara dan sekaligus tidak boleh dimasukkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

"Para pemimpin kerajaan persekutuan tahu bahawa Sabah telah banyak memberi sumbangan dari segi politik dan ekonomi, dan mereka harus memberi keutamaan tentang apa yang melibatkan kami – kehadiran pendatang-pendatang tanpa izin di negeri ini.

"Sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan persekutuan sangat mengecewakan kerana Sabah, sebagai satu komponen negara ini, seharusnya diberi layanan yang lebih baik.

Rundingan Perlembagaan

Kassim berkata, kejatuhan Sabah dari salah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia kepada salah sebuah negeri yang termiskin adalah sangat membimbangkan.

Beliau menambah, beliau difahamkan tidak ada apa-apa yang konkrit hasil dari kajian makmal terhadap isu pendatang tanpa izin walaupun cadangan-cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

"Sabah adalah penting untuk BN sebagai negeri kedua terbesar kepada Umno, ia boleh memainkan peranan utama (dalam politik negara ini). Oleh itu, kepentingan Sabah sangat penting," katanya.

Kassim berkata, "Kerajaan persekutuan tidak ada pilihan tapi untuk memasukkan isu pendatang tanpa izin dalam NKRA. Sebagai alternatif, melalui rundingan perlembagaan, beri Sabah kuasa dan sumber yang mencukupi untuk menanggani masalah ini."

14 ulasan:

zam berkata...

semua pihak perlu serius dalam menangani isu pendatang asing tanpa izin di Sabah. kehadiran PATI di Sabah boleh mengundang pelbagai isu dan masalah yang lain.

Anak Sabah berkata...

Tindakan yang tegas diperlukan supaya dapat menangani isu PATI ini. Diharapkan masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin.

Tanpa Nama berkata...

masalah PATI ini perlu ditangani, semua pihak harus bekerjasama dalam menangani masalah ini.

Ted Medresher berkata...

bumiputera Sabah lebih faham dengan keadaan di Sabah, oleh itu pihak kerajaan persekutuan wajib membuat keputusan berdasarkan maklum balas dan pandangan rakyat Sabah. jika kerajaan persekutuan tidak serius dan tidak mampu menyelesaikan masalah PATI di Sabah, serahkan tugas itu kepada kerajaan negeri dan berikan apa yang diperlukan bagi menjayakan usaha ini.

Mahsiran berkata...

ini memang bagus, biarkan sabah sendiri yang tangani isu pendatang tanpa izin ini. Ini lebih mudah dan senang sekiranya orang sabah sendiri yang cuba untuk menyelesaikan.

tombolo berkata...

ya.. biar kerajaan negero sabah ja yang ambil tindakan dalam menangani masalah PATI ni. mereka lebih tahu selok belok dan keadaan negeri sabah. hrap masalah ini akan selesai juga suatu hari nnti.

Logop berkata...

Isu pendatang tanpa izin ini tidak patut dibiarkan lama. Sila selesaikan isu ini secepat mungkin. Adalah lebih susah untuk menyelesaikan masalah ini kalau lebih ramai pendatang tanpa izin datang lagi ke Sabah.

Unknown berkata...

This is a never-ending problem for the Sabahans. Time to stop it and do something about it. I hope the State Govt could butt-in and solve this problem.

Bi berkata...

Kita rakyat juga perlu mengesa Federal untuk cepat2 bertindak, agar cepat masalah ini diselesaikan... Jangan sampai ianya sudah terlalu lama dan akan sentiasa dalam keadaan yang sama tanpa ada penyelesaian.

Unknown berkata...

C'mon lah. This isu is getting on everyone's nerves lah. I wonder when will this illegal immigrants problems be over and done with.

Hamdan Hadillah berkata...

jika federal tidak dapat menyelesaikan perkara ini cuba bagi peluang kepada kerajaan negeri itu sendiri cuba untuk menyelesaikan masalah PATI ini.

Hamdan Hadillah berkata...

ini memerlukan kerjasama dari semua untuk memberikan maklumat dan ini bukan kerja untuk kerajaan saja malahan semua rakyat harus memberikan pertolongan untuk menyelesaikan masalah PATI yang tidak pernah selesai sejak 10 tahun lagi.

joey berkata...

komitmen yang tinggi dari semua pihak diperlukan bagi menyelesaikan isu PATI ini. harap masalah ini dapat diselesaikan..

mike berkata...

ada kalanya adalah lebih baik memberikan peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut kepada mereka yang mengalaminya..masalah ini telah menjadi duri dalam daging bagi penduduk negeri sabah..