Jumaat, 20 Ogos 2010

Anggota Dewan Negara Perak meninggal dunia

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH — Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Abdul Malik Noordin, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini kerana jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham, 81 juga adalah Orang Besar Lapan Perak bergelar Orang Kaya Imam Paduka Tuan.

Anaknya, Dr Ahmad, 50, berkata bapanya meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.55 pagi.

Jenazah dibawa ke rumah di Kampung Manjoi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di sini selepas Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Raniah Mohd Noor, 60, dua anak iaitu Dr Ahmad dan Wardah, 53, serta lima orang cucu.

Raja DiHilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menziarah jenazah.

Tiada ulasan: