Selasa, 17 Ogos 2010

Ambik duit peneroka, pastu agih balik kat peneroka, cakap 'duit raya'

WARKAH DAILY

Pengumuman Perdana Menteri untuk memberi RM350 duit raya kepada setiap peneroka adalah cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka, kata Mazlan Aliman.

Sebaliknya, Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) berkata, 'duit raya' tersebut adalah sememangnya duit peneroka yang diambil Felda.

"Mereka cuba memberi gambaran bahawa Felda melayan peneroka dengan baik. Padahal itu adalah duit hasil usaha peneroka yang mereka ambik dan dikembalikan atas nama 'duit raya'," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung pemberian duit raya RM350 kepada setiap peneroka Felda dan RM150 kepada yang tidak bersama Felda.

Menurut Najib, Pemberian itu melibatkan jumlah RM37.14 juta kesemuanya.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pengumuman Najib itu juga hanya gimik bagi menutup isu Felda yang akan bankrap.

"Tak padan PM yang umum, sepatutnya cukup setakat Pengarah Besar Felda sahaja yang umum," katanya lagi.

Selain itu, jumlah pemberian itu juga katanya tidak berbaloi dengan usaha peneroka selama ini dan sangat kecil jika dibandingkan dengan peningkatan harga komoditi sawit semasa.

"Kalau nak kira, jumlah yang diberi terlalu kecil, tak berbaloi dengan usaha peneroka," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan akan memfailkan saman terhadap Felda ekoran menahannya di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.

Saman tersebut akan difailkan peguam mewakilinya, Wan Rohaimi Wan Daud di Mahkamah Tinggi Temerloh jam 11 pagi Isnin, 16 Ogos ini.

Beliau mendakwa, penahanannya oleh Felda adalah tidak sah, berniat jahat dan menjejaskan reputasinya.

WarkahDaily

Apalah standard kerajaan BN dan pengurusan Felda, nak bagi 'duit raya' kat peneroka pun main tipu.

Hangpa pi ambik duit peneroka, pastu hangpa agih balik duit tu kat peneroka, kemudian hangpa cakap, hangpa bagi 'duit raya' kat peneroka, hangpa pemurah.

Kalau camtu gayanya, aku pun boleh jadi pengerusi Felda...hahahaha

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dulu 'orang memberi kita merasa', kini 'orang memberi kita memfitnah'. buktikan yang 'duit raya' itu adalah duit peneroka.

Tanpa Nama berkata...

hal ini pun dijadikan isu juga ke? FELDa brniat baik nak memberikn duit raya kepada peneroka, hal ini pun nak menimbulkan fitnah juga ke.

Unknown berkata...

So, mana satu yang betul nei? Inilah susah kalo cerita yang sebenar-benarnya tidak diketahui. Apa2 pun, harap masalah ini akan selesai.

Mei berkata...

Bagus2x pm memberi duit raya kepada peneroka tetapi difitnah pula. Kalau benar "duit raya" tersebut adalah duit hasil peneroka, di manakah buktinya?

madd berkata...

pada saya langkah memberikan duit raya kepada peneroka adalah langkah yang baik dan patut diterima dengan baik. apa pun, isu seperti ini tidak perlulah diperbesarkan.

Bi berkata...

Kita mempunyai pendapat yang berbeza bagaimana kita melihat sumbangan yang telah diberikan. Dan saya andaikan bahawa penerokak lagi tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku...

azman berkata...

pemberian duit raya haruslah diterima dengan baik. ini sedikit sebanyak dapat membantu peneroka dalam melakukan persiapan Hari Raya nanti.

Hamdan Hadillah berkata...

Tolong simpan katakan, kalau ditangan peneroka nanti habis macamana??jadi FELDA simpankan jadikan DUIT RAYA. Felda disini bukan berniat jahat pun, tapi cuba untuk menolong peneroka mengurangkan beban mereka menjelang raya. PAS ini saja mahu mencari kesalahan orang.

Unknown berkata...

baguslah Felda membagi Duit Raya, sekurangnya felda merasa patut menbantu kepada peneroka walaupun felda bersalah atau tidak bagi mereka. tambah lagi, adakah orang yang dituduh bersalah sangat-sangat mahu membuat sebegini?mungkin kalau PAS memang lari sudah. Tapi tengok felda sendiri masih mahu menolong peneroka walau dalam keadaan sekarang. Felda akan cuba untuk membantu peneroka.

Unknown berkata...

Kemungkinan benar juga apa yang dinyatakan oleh peneroka. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

Bi berkata...

Tapi tidak ada pilihan selain dari terima saja duit tersebut..

mandau berkata...

sumbangan yang diberikan haruslah diterima dgn baik dan dihargai, tk perlulah nak memutarbelitkan keadaan.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan Isu peneroka Felda ini akan selesai dengan sebaik mungkin.

Ted Medresher berkata...

lihat dulu sumbangan felda kepada peneroka serta warga kerja felda yang lain. seperti tajaan pendidikan, pinjaman dan sebagainya.. lihat juga kes2 sebelum ini dimana peneroka memfailkan saman berjuta2 kepada felda.. sekarang, kerajaan bagi duit pun masih lagi membebel. buat baik salah, buat jahat lagilah salah. apalah salahnya ambil wang itu dan ucapkan terima kasih, bukannya ucapan fitnah.as