Isnin, 23 Ogos 2010

Adam Haris Salahguna Nama AMK


SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kuala Kangsar, Adam Haris Abdullah didakwa menjadi dalang dan alat Umno-Barisan Nasional untuk memperdaya ketua-ketua AMK di negeri Perak untuk keluar parti.

Menurut Ketua AMK Perak, Yunus Jamhari beliau mendapat maklumat Adam didapati berkomplot dengan salah seorang ADUN Bebas untuk menarik keluar ketua-ketua AMK cabang negeri Perak dengan rasuah wang dan habuan projek.

"Malangnya projek yang mereka ingin rasuahkan kepada ketua AMK cabang itu terbengkalai akibat pendedahan salah seorang ketua AMK cabang yang terlibat. Laporan salahlaku displin ke atas Adam Haris telahpun berada di peringkat Jawatankuasa Displin parti untuk tindakan tegas termasuk pemecatan.

"Berdasarkan kepada laporan media, kehadiran beliau membuat laporan polis bersama bekas Ketua Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda membuktikan segala-galanya. Mereka ini semuanya adalah 'pelacur politik' yang telah menjadi tali barut Umno yang dulunya cuba merosakkan KEADILAN dari dalam tetapi gagal dan akhirnya terbuang," tegas Yunus dalam satu kenyataan.

Beliau turut membidas Adam kerana mengguna nama AMK dalam laporan polis yang dibuatnya terhadap bekas calun KEADILAN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang, MS Arjunan.

Jelas Yunus lagi, Adam sebenarnya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Kangsar sejak tahun 2009 dan ini disahkan oleh Ketua AMK dan Ketua Cabang itu.

"AMK Perak memandang serius perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini ramai bekas pimpinan serta anggota yang telah meletak jawatan, keluar parti atau melompat parti dengan sewenang-wenangnya menjaja nama KEADILAN untuk menarik perhatian media.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya beliau terus mengguna dan memperalatkan nama AMK bagi memenuhi agenda politik beliau dengan memburuk-buruk dan melempar fitnah terhadap pimpinan parti.

"Kita mempertikaikan motif sebenar beliau membuat laporan polis terhadap MS Arjunan seolah-olah beliau membela Timbalan Menteri Datuk M Saravanan kononnya beliau mewakili AMK. Sekiranya tuduhan MS Arjunan itu mengaitkan Timbalan Menteri berkenaan terbabit dalam kegiatan pelacuran, dadan dan gansterime itu palsu biarlah pihak polis menjalankan siasatan kerana laporan telah pun dibuat," jelas Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau.

AMK Perak juga menegur akhbar Sinar Harian kerana secara meluli menggunakan nama AMK dan parti tanpa merujuk kepada pihak pimpinan parti yang sepatutnya boleh membuat pengesahan.

Tiada ulasan: