Sabtu, 7 Ogos 2010

34 peratus pekerja miskin, apa BN buat?

Mutaligat

PAS dan PR sudah lama berjuang untuk membela golongan pekerja di negara. Antara yang diperjuangkan oleh PAS dan PR ialah gaji minimum RM1,500 sebulan. Malah ianya dimasukkan di dalam manifesto Pilihan raya Umum 2008 lalu.

Namun kerajaan BN menolak gesaan dan saranan ini mentah-mentah. Mereka tetapi mesra kepada majikan bukan mesra pekerja dan rakyat.

Maka tidak hairan bagaimana fakta terkini menunjukkan bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700.

Apa yang boleh mereka makan dan hidup dengan jumlah gaji sebanyak itu. Sewa rumah, minyak motor pun mungkin 'tak lepas.'

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

Ternyata kerajaan BN lambat bertindak dan lemah serta lembap. Kajian demi kajian dibuat tetapi tiada tindakan konkrit bagi membela kebajikan pekerja.

Sudah sampai masanya untuk pekerja bangkit menolak BN pada PRU akan datang dan seterusnya mengundi PR yang terbukti berjuang untuk membela pekerja.

Tiada ulasan: