Rabu, 18 Ogos 2010

1,240 ahli BN masuk PKR


Jeff1 Oleh Luke Rintod

KOTA MARUDU: Lima cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tandek di Kota Marudu dipercayai telah dimansuhkan atau bakal berkubur.

Kerugian PBS bererti kemenangan buat PKR kerana majoriti ahli parti itu keluar beramai-ramai untuk menyertai pembangkang hujung minggu ini.

Kelima-lima cawangan itu ialah Talamason, Pangapuyan, Paka, Mogis dan Pompodon.

Tandek kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri wanita PBS Anita Baranting, seorang yang rapat dengan Ahli Parlimen Kota Marudu dan Timbalan Presiden Maximus Ongkili.

Orang kuat PKR Jeffrey Kitingan mengalu-alukan seramai 1,240 ahli meninggalkan Barisan Nasional, majoriti datang dari PBS, berkata tindakan berani mereka menyaksikan berlakunya "tsunami" dengan menolak pemimpin-pemimpin mereka yang degil.

"Tindakan mereka menandakan bahawa mereka sangat kecewa dalam memberi sokongan pemimpin-pemimpin BN yang tidak membawa hasil kerana gagal menyelesaikan masalah tanah, menyediakan prasarana yang lebih baik dan peluang-peluang yang lebih baik, katanya ketika menerima borang permohonan yang disaksikan oleh Ketua PKR Kota Marudu, Anthony Mandiau.

"Rakyat menimbulkan tiga isu, di mana Maximus kini membawanya kepada pengetahuan BN. Isu-isu ini alah masalah tanah, pendatang tanpa izin dan perkongsian kuasa yang tidak adil. Mereka bertanya bagaimana PKR dapat menanggani perkara-perkara ini jika berkuasa kelak.

"Mengenai tanah, kenapa Maximus meminta kerajaan dan Ketua Menteri Taib Mahmud untuk menangani isu ini? Bukankah beliau berada dalam kerajaan. Jika kamu berada dalam kerajaan, macam mana kamu tidak dapat selesaikan masalah ini? Jadi, siapa sebenarnya kerajaan?

"Adakah mereka merujuk kepada Umno? Jika benar, apa yang mereka buat di sana? Lebih baik mereka keluar BN jika mereka gagal menyelesaikan masalah ini?" soal Jeffrey.

Menurut beliau, kerajaan tidak telus dan BN hanya wujud pada nama, dengan komponen-komponen parti yang lain dibuli oleh Umno.

Beliau berkata komponen-komponen parti dalam BN semakin hilang kuasa, Umno menjadi bertambah angkuh sehingga para pemimpinnya mahu merebut kerusi yang diperuntukkan kepada komponen-komponen parti yang lain.

"Nampaknya keadaan kita lebih buruk dari semasa awal kemerdekaan Sabah….. tidak ada "tuan". Sekarang ini ada "tuan" dalam bentuk Umno sebagai tuan penjajah yang baru," katanya. "BN menghancurkan negara"

Jeffrey, yang juga mengetuai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkata, PBS dan Upko tidak dapat menyelesaikan masalah yang tertunggak di Sabah, termasuk isu perebutan tanah. Ini menunjukkan kerajaan dewasa ini tidak lagi menghormati hak-hak peribumi," tambah beliau.

"Para pendatang tanpa izin menjadi semakin ramai. Lebih memburukkan keadaan, di samping masalah ini belum selesai, terdapat cadangan BN untuk mengambil pendatang tanpa izin sebagai pekerja. Ini bermakna kerajaan BN menggalakkan mereka melanggar undang-undang kita sebanyak dua kali.

"Kerajaan BN ini, yang disokong oleh semua parti komponen BN, menghancurkan negara. Apa yang akan berlaku kepada masa depan kita jika ini berterusan?

Siapa yang akan membuat keputusan untuk kita apabila kita tidak boleh lagi bersuara dan apabila rakyat dipinggirkan dan diganti dengan pendatang-pendatang tanpa izin?" soal Jeffrey.

"Apabila Maximus bercakap soal perkongsian kuasa, beliau merujuk kepada monopoli kuasa oleh Umno, sikap pecah dan perintah Umno dan keangkuhan Umno. Beliau tahu dengan jelas perkara ini tidak betul tetapi rakan-rakan komponen parti memilih untuk menyokong Umno.

Ahli-ahli PBS dan Upko mesti menendang para pemimpin mereka supaya menjadi pengajaran buat mereka," kata Jeffrey, adik kepada Presiden PBS dan Timbalan Ketua Menteri Joseph Pairin Kitingan.

"Adalah tiba masanya komponen parti BN memikirkan dengan semasak-masaknya dan menilai semula kedudukan mereka dalam BN. Adalah masanya rakyat memberitahu para pemimpin parti-parti ini bahawa sudah cukup setakat ini: sama ada kamu keluar BN atau kami akan meninggalkan kamu."

Mengenai Pakatan Rakyat, Jeffrey berkata, isu-isu yang ditimbulkan oleh rakyat dan Maximus dengan mudah dapat diselesaikan.

"Pertama, isu tanah ialah isu kerajaan negeri. Tidak perlu kita merujuk kepada Kuala Lumpur atau Umno apabila kita menangani isu-isu negeri.

"Kedua, Pakatan telah membuat dasar untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai langkah konkrit untuk menyelesaikan masalah pendatang-pendatang asing dan kad pengenalan yang berlarutan. Kita tidak mempunyai tuan dalam sistem kita. Tuan kita ialah rakyat," katanya.

Jeffrey berkata, keputusan 1,240 bekas ahli bertindak keluar BN untuk menyertai PKR akan membuka laluan di kawasan-kawasan lain.

Mengenai ahli-ahli baru beliau berkata, "Masa depan berada di tangan kita. Gunakan hak kita untuk memberitahu pemimpin-pemimpin bahawa kita perlu diberi layanan lebih baik.

"Oleh sebab dasar BN yang buruk, Sabah menjadi miskin. Generasi masa depan kita akan merana akibat kecuaian atas tindakan-tindakan kerajaan.

"Perkongsian kuasa PKR berdasarkan demokrasi, keadilan dan sama rata. Tidak ada pecah dan perintah. Kami akan melayani setiap orang sebagai rakan yang sama."

Tiada ulasan: