Jumaat, 13 Ogos 2010

1 maut, 3 cedera khemah bazar ramadan roboh

BERITA HARIAN

MELAKA: Seorang terbunuh manakala sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera apabila sebuah khemah bazar Ramadan di pekan Jasin, dekat sini, roboh, selepas kawasan berkenaan dilanda angin ribut kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Mangsa yang belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jasin, sejurus kejadian.

Polis Daerah Jasin ketika dihubungi petang tadi, mengesahkan kejadian berkenaan.

Tiada ulasan: