Khamis, 8 Julai 2010

Waktu siaran radio Bahasa Murut dikaji

KENINGAU KINI

TENOM: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengkaji semula jadual siaran radio di Sabah agar ia memberi manfaat kepada penduduk khususnya di kawasan Pedalaman.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, jadual yang tidak bersesuaian akan dikaji semula supaya ia menepati kehendak pengguna.

“Saya akan suarakan perkara ini kepada Kementerian untuk diteliti dan tindakan selanjutnya,” katanya kepada media selepas melancarkan Karnival Keusahawanan Sosial Pusat Internet Desa (PID) 2010 di dewan masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap, Datuk Radin Malleh supaya siaran Bahasa Murut Sabah vfm dikaji semula dan dikembalikan kepada jadual asal.

Berucap di majlis yang sama Radin yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, jadual siaran Bahasa Murut sekarang ini tidak sesuai dan tidak menepati kehendak pendengar terutama bagi suku kaum Murut di kawasan Pedalaman.

Katanya, mengikut jadual yang baru Bahasa Murut bersiaran pada jam 2.00 hingga 3.00 pagi dan jam 9.00 hingga 11.00 pagi manakala jadual sebelumnya bersiaran jam 4.00 hingga 5.00 pagi dan jam 7.00 hingga 9.00 malam.

Menurut Radin jadual asal adalah lebih releven jika dibandingkan dengan jadual yang baru.

Salang berkata, saranan Radin itu akan dimabil perhatian kerana ia berdasarkan kehendak pendengar.

“Kita akan usahakan agar jadual siaran itu dikaji semula untuk memenuhi kehendak pendengar” kata Salang.

Dalam masa yang sama Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, kerajaan akan mempertingkatkan sistem komunikasi melalui internet di kawasan Pedalaman.

Katanya, sistem komunikasi ICT perlu ditingkatkan agar lebih ramai penduduk di kawasan Pedalaman menikmatinya. Beliau berkata, penglibatan lebih ramai penduduk luar bandar dalam PID mendorong kerajaan melalui kementerian berkenaan untuk lebih giat menambah dan meningkatkan PID di kawasan Pedalaman.

Katanya, dengan peningkatan sistem komunikasi di kawasan Pedalaman memboleh- kan lebih ramai usahawan memasarkan produk mereka melalui internet.

Pada masa ini katanya, penyertaan usahawan dalam perniagaan pasaran internet masih rendah kerana kekangan sistem komunikasi internet masih kurang.

Mengenai dengan PID di Sabah, Salang berkata kerajaan akan menimbang untuk menambahnya kerana PID yang sedia ada belum mencukupi.

Katanya, setakat ini 42 PID di seluruh negara telah diwujudkan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Hadir sama di majlis itu Ahli dewan Undangnan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Pegawai Daerah Tenom Siriman M.F Basir, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penerangan, Ketua Daerah Tenom OKK David Jani ketua-ketua jabatan dan pemimpin- pemimpin masyarakat di kawasan ini.

6 ulasan:

2718 berkata...

bagi meningkatkan sambutan siaran radio bahasa Murut, jadual siarannya perlulah berdasarkan kehendak pendengar. berkenaan dengan penggunaan ICT, kerajaan wajar menggalakkan penggunaan teknologi ini untuk mengembangkan potensi usahawan tempatan seiring dengan negara2 lain yang lebih dahulu memanfaatkannya.

Jason berkata...

I find it rather ridiculous for the kementerian penerangan, komunikasi and kebudayaan to broadcast the Murut program at 4am in the first place. Its common sense that MAJORITY of ppl regardless their race are still sleeping at that time. Hopefully, the government will reschedule the program because I still think that the new schedule time is too early. This program will not be useful if the targeted audience is not listening to it.

Paquin berkata...

Ba ngam la tu. Kaji lah semula supaya siarannya berjaya capai sasaran pendengar. Barulah semua pihak senang hati :)

joey berkata...

tindakan yang baik...masa siaran yang bersesuaian dapat meningkatkan lagi jumlah pendengar dan maklumat akan sampai kepada lebih ramai pendengar..

Tanpa Nama berkata...

siarkanlah radio Bahasa Murut pada waktu yang lazimnyz ramai pendengar, selain itu, siaran itu, biarlah mempunyai tarikan kepada pendengar.

Mahsiran berkata...

penjadualan semula memang perlu dilakukan. supaya berita yang disampaikan, boleh diterima oleh para pendengar.waktu haruslah bersesuaian..