Rabu, 28 Julai 2010

Wakil politik dan pendidikan mahu UPSR dan PMR dikekalkan

SINAR HARIAN

PUTRAJAYA - Wakil politik dan pendidikan yang menyertai perbincangan meja bulat kali kedua mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), cenderung kepada pengekalan kedua-dua peperiksaan itu tetapi dengan beberapa penambahbaikan.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, segala pendapat yang diberikan pada perbincangan hari ini amat baik, boleh dikatakan sebahagian bersetuju dimansuhkan dan sebahagian lagi beranggapan perlu dikekalkan tetapi dengan beberapa perubahan.

"Ada juga pendapat mahu UPSR dihapuskan dan kekalkan PMR dan ada juga yang berpendapat sebaliknya," katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, banyak juga wakil berpendapat apa juga perubahan atau pemansuhan yang akan dilaksanakan, penekanan kepada kualiti guru perlu dititikberatkan.

"Terdapat juga cadangan agar kemahiran teknikal perlu diperkenalkan sebaik selepas UPSR, jangan tunggu terlalu lama kerana jika selepas tingkatan empat baru diperkenalkan, masanya terlalu singkat," katanya.

Tiada ulasan: