Selasa, 27 Julai 2010

Umno Tentang Usaha KKSB Jadikan Aktiviti Perlombongan Pasir Telus, Cekap, Professional

Oleh Frederick Luccas

PUTRAJAYA - Pemimpin Umno Selangor yang didakwa terlibat dalam kecurian pasir secara berleluasa di negeri itu sejak sekian lama serta merompak kekayaan rakyat kini dilihat menentang segala usaha untuk menjadikan aktiviti perlombongan pasir sebagai salah satu sektor ekonomi yang diurus secara telua, cekap dan profesional.

Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Abdul Shukor Nagor berkata walaupun KSSB merupakan satu syarikat yang baru sahaja ditubuhkan dan hanya beroperasi sejak 22 bulan lalu, namun ia mempunyai visi bagi memajukan sektor perlombongan pasir secara berkesan berdasarkan prinsip ketelusan.

Unntuk mencapai objektif ini, KSSB mengamalkan tiga kaedah utama bagi menangani masalah kebocoran.

Pendekatan ini bagaimanapun kata Abdul Shukor telah mendapt tentangan daripada pelbagai pihak terutama bekas pemimpin kerajaan Umno-BN Selangor kerana kaedah baru tersebut amat telus dan tiada ruang untuk penipuan.

Kaedah pertama ialah dengan melombong di dalam satu persekitaran yang terkawal kerana sumber asli merupakan sesuatu yang terhad, maka perlulah diuruskan dengan baik agar tidak habis dalam jangkamasa singkat, jelas beliau.

"Sumber kita amat terhad dan kita perlu melindungi sumber ini, jangan mensia-siakannya dengan melombong sesuka hati mengaut keuntungan dan ahkirnya merosakkan alam sekitar," kata Abdul Shukor.

"Kaedah kedua ialah dengan menetapkan tujuan KSSB iaitu untuk memberikan semula kepada kerajaan Selangor dalam bentuk sumbangan dana yang mana akan digunakan sepenuhnya untuk memajukan ekonomi rakyat Selangor.

"Dan ketiga ialah dengan menjadikan sektor ini lebih terbuka dan bekerjasama dengan pelombong persendirian. Ini memberikan KSSB kawalan terhadap kualiti aktiviti perlombongan dan pengeluaran pasir oleh pelombong persendirian, dan secara langsung memberikan kawalan terhadap bekalan pasir dalam negeri.

"Perlaksanaan ini akan memberikan tekanan kepada pelombong haram kerana mereka tidak boleh lagi menjual pasir sesuka hati dan akan terpaksa mmenutup lombong haram ini," kata beliau pada siang media selepas lawatan ke tapak perlombongan pasir di Olak Lempik Sabtu lalu.

Membandingkan prestasi KSSB dengan aktiviti perlombongan pasir oleh kerajaan Umno-BN Selangor dahulu, Abdul Shukor berkata sehingga kini (daripada penubuhan KSSB September 2008), KSSB telah menyumbangkan sebanyak kira-kira RM32 juta, sedangkan untuk tiga tahun di bawah Umno-BN daripada tahun 2005 hingga 2007, pungutan hasil perlombongan pasir yang diberikan kepada kerajaan Selangor hanyalah kira-kira RM12 juta.

"Angka-angka ini membuktikan dengan sendirinya pihak yang menyeleweng dan pihak yang menjalankan kerja dengan telus. Tiada apa yang boleh dibahaskan jika melihat kepada angka ini," tegas beliau lagi.

Tambahnya, sebagai sebuah syarikat baru yang dianggotai dan dengan pekerja profesional yang tidak mempunyai apa-apa latarbelakang politik, tuduhan dan tolmahan berunsur politik yang dilemparkan ke atas KSSB baru-baru ini amat memberi kesan kepada KSSB secara keseluruhannya.

"Kita sebagai satu syarikat baru yang bukan sempurna lagi dan masih dalam peringkat pembelajaran dan perkembangan, maka saya meminta orang ramai dan media agar memberikan kepercayaan dan peluang untuk membuktikan diri kami," ujarnya.

Tegas beliau lagi, KSSB ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu menggunakan kaedah yang lain daripada dahulu untuk mendapatkan keuntungan yang akan digunakan sepenuhnya bagi merakyatkan ekonomi warga Selangor.

"Perbezaan antara KSSB dengan pelombong pasir dahulu adalah kita mahu menggunakan kaedah yang betul, telus, dan efisyen mengawal perlombongan pasir oleh lombong milik kita dan juga memantau lombong persendirian agar mematuhi kaedah KSSB.

"Cara ini dapat memastikan kebocoran yang besar seperti operator sebelum ini dikurangkan dan dihapuskan sama sekali, dan hanya dengan kawalan yang baik kita dapat melakukannya," jelas Abdul Shukor.

Tiada ulasan: