Selasa, 6 Julai 2010

Umno perlu bertanding di kawasan bukan Bumiputera Islam


Umno Kinabalu FREE MALAYSIA TODAY


KOTA KINABALU: Pemuda Umno Kota Kinabalu mendesak supaya calon Umno bertanding di kerusi parlimen itu walaupun ia kawasan majoriti bukan Bumiputera Islam dalam pilihanraya umum akan datang.

"Desakan itu dibuat atas dasar semangat setiakawan serta bagi menyelami sejauh mana konsep 1Malaysia dapat diterjemahkan oleh parti-parti komponen BN khususnya di negeri itu.

“Kita mahu melihat sejauh mana keikhlasan rakan-rakan lain dalam BN terhadap Umno terutamanya di kawasan bandar.

"(Kerana) Umno selama ini telah banyak bertolak ansur dan membantu kejayaan calon-calon daripada parti komponen BN yang bertanding di kawasan majoriti orang Melayu dan Bumiputera Islam, " kata ketuanya, Bahrul Razha Chuprat.

Beliau mencadangkan demikian dalam mesyuarat Pemuda Umno bahagian Kota Kinabalu di sini, malam kelmarin yang dirasmikan Ketua Umno bahagian itu, Datuk Faisyal Hamdan Diego.

Beliau memberi contoh Ulu Selangor dan Merotai yang majoritinya Melayu tetapi diwakili oleh bukan Melayu.

MIC mewakili Parlimen Ulu Selangor manakala kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marotai diwakili oleh Parti Liberal Demokratik (LDP).

Bahrul Razha menyarankan parti-parti komponen BN supaya tidak terlalu ghairah dalam mengkritik pemimpin kerajaan sebaliknya menggunakan saluran parti meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing.

Pemuda Umno Kota Kinabalu juag turut mendesak calon Umno bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga mahu pelantikan Senator, Adun Dilantik dan pelantikan jawatan datuk bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di kalangan ahli Umno parlimen itu.

Faisyal juga berharap Sabah yang dilabel sebagai ‘fixed deposit’ (simpanan tetap) BN tidak melekakan ahli-ahli Umno khususnya di kawasan Kota Kinabalu.

Tiada ulasan: