Rabu, 14 Julai 2010

Umno Kelam Kabut Tak Dapat Jawab Isu Rakyat Di Bawa KEADILAN

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR- Serangan bertali arus terhadap KEADILAN dan lidah rasmi parti, Suara Keadilan mengesahkan keadaan kelam-kabut dalam Umno-Barisan Nasional selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terkini syarikat petroliam negara, Petronas yang merosot begitu mendadak.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata isu Felda dan Petronas yang di bawa Anwar telah mengundang tindak balas yang begitu keras daripada Umno-Barisan Nasional yang mencerminkan ketakutan mereka .

"Ini termasuk tindakan untuk tidak menyambung permit akhbar Suara Keadilan dengan alasan yang sangat remeh berhubung tajuk muka depan 'Felda Bankrap'.

"Kalaulah alasan 'Felda Bankrap' dijadikan alasan bagaimana pula kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang menjaga KPI mengatakan Malaysia akan bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi atau pun bagaimana pula tuduhan Umno bahawa Anwar adalah agen CIA, bagaimana pula tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau seorang pengkhianat Melayu yang mana tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

"Media yang menyiarkannya, Utusan Malaysia tidak pula diambil tindakan, jauh sekali diberi amaran," tegas Ahli Parlimen Machang itu.

Beliau juga berkata tindakan terhadap Ketua Pembangkang dan Suara Keadilan adalah tindakan politik dan berniat jahat akibat kegagalan Umno-BN menyakinkan rakyat berkenaan isu-isu rakyat yang di bawa KEADILAN.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini sekadar pandangan daripada saya. setakat ini saya lihat pihak kerajaan telah dapat menjaga kepentingan dan menyelesaikan isu-isu rakyat. sebagai rakyat apa yang diharapkan semua pihak sama-sama berusaha untuk meneyelesaikan isu-isu rakyat dan bukannya hanya menuding jari kepada satu pihak semata-mata.

Sanih Alias berkata...

kerjasama untuk menangani msalah ini adalah lagi bagus daripad asyik bertikam lidah sesama sendiri. fikirkanlah kerajaan dan pembangkang, apa akibat tindakkan kamu yang pentingkan diri sendiri. rakyat yang merana dan sengsara.

mantra berkata...

sebaiknya tak perlulah kita salin menyalahkan satu sama lain. bekerjasama dalam membangunkan negara kita.

2718 berkata...

pembangkang tidak perlu mempertikaikan tindakan kerajaan seolah2 pembangkang mempunyai kuasa seperti kerajaan. kerajaan mempunyai hak berbuat demikian bagi melindungi rakyat, kerajaan dan negara. saya yakin pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika mempunyai kuasa memerintah.

Anak Sabah berkata...

Kerajaan sepatutnya ada alasan serta penjelasan yang baik mengenai isu-isu panas seperti ini.

Unknown berkata...

kerajaan seharusnya lebih bertimbang rasa. tindakan mengantung permit itu sharusnya dibatalkan, cuma perlu memberi amaran kepada mereka. itu suda cukup.