Sabtu, 17 Julai 2010

UMNO berhadapan ancaman

SINAR HARIAN

KUALA TERENGGANU – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan suasana politik semasa berbeza dengan senario sebelum Pilihan Raya Umum ke-12.

Katanya, UMNO kini berhadapan ancaman parti pembangkang yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Setiap institusi yang telah kita bangunkan atas usaha UMNO akan dipertikai oleh mereka, mereka buat untuk tutup keyakinan orang Melayu dan masyarakat umumnya kepada kerajaan BN,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Kuala Nerus, di Sekolah Menengah Teknik Jalan Lapangan Terbang, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau meminta pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu terus memperkukuh kedudukan BN di negeri ini.

Beliau berkata, sebagai salah sebuah negeri yang mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya umum lalu, pemimpin-pemimpin perlu komited dalam memastikan Terengganu kekal sebagai kubu kuat UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan: