Rabu, 7 Julai 2010

Tren elektrik KL-Ipoh mula Julai

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang dijangka menjimatkan masa perjalanan antara Ipoh ke Kuala Lumpur daripada tiga jam kepada dua jam akan beroperasi pertengahan bulan ini.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pelancaran perkhidmatan yang bergerak pada kelajuan 140 km sejam itu.

Beliau berkata, KTMB menyasarkan pengguna daripada golongan profesional dan ahli perniagaan, selain pengguna pengangkutan awam sedia ada.

"Dengan kelajuan yang tinggi 140kmj, kita akan mengurangkan masa perjalanan dan menjimatkan masa. Perkhidmatan pramugari dan pramugara yang disediakan dapat memberi keselesaan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

"Pada masa akan datang, kami akan sediakan wifi dan kami sedang mendapatkan service provider untuk menyediakan perkhidmatan itu," katanya kepada Bernama di sini. - Bernama

Tiada ulasan: