Ahad, 25 Julai 2010

Temurapat Ahli MPP KEADILAN Bagi Persiapan Hadapi PRU-13

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - KEADILAN mengadakan temurapat antara anggota Majlis Pimpinan Pusat di Port Dickson sejak semalam sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Pengarah Strategi KEADILAN, Tian Chua ketika dihubungi berkata pertemuan tersebut adalah lebih kepada merapatkan hubungan antara semua ahli MPP dan juga perbincangan mengenai persiapan awal PRU-13.

"Retreat' ini lebih kepada kem temurapat bagi mengukuhkan parti dan membuat perancangan konkrit untuk pilihan raya akan datang. Selain itu, agendanya adalah untuk merangka gerak kerja dan merapatkan lagi ikatan antara pimpinan parti," ujar Ahli Parlimen Batu itu.

Beliau berkata program dua hari ini adalah kesinambungan kepada pemukiman yang diadakan di Shah Alam beberapa minggu lalu yang melibatkan ahli MPP, anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN.

Kata Tian Chua perjumpaan kali ini akan memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah diri dan memantapkan kepimpinan di peringkat di akar umbi dan pucuk pimpinan tertinggi.

Tiada ulasan: