Jumaat, 23 Julai 2010

Taktik baru pilih pelacur China

SABAH DAILY

KUALA LUMPUR - Semuanya bermula dengan acara ala pertunjukan fesyen dengan memakai tag nombor pada pakaian dan skirt oleh setiap wanita warga China sebelum mereka dipilih pelanggan untuk khidmat urut dan seks.

Bagaimanapun, tindakan licik sebuah pusat pelacuran yang berselindung di sebalik papan tanda pusat refleksologi itu berjaya dihidu polis dalam Operasi Goda di Taman Shamelin Perkasa di sini petang semalam.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, siasatan mendapati premis itu menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan sejak lebih sebulan lalu.

"Semasa diserbu polis mendapati seramai 10 wanita warga China sedang mengurut pelanggan masing-masing dan dua lagi sedang memberi khidmat seks kepada pelanggan.

"Kita turut merampas puluhan tiub gel dan minyak pelicin, kondom serta peralatan suntikan pelicin," katanya ketika ditemui semalam.

Razali memberitahu, modus operandi premis itu ialah dengan memperaga wanita berkenaan yang berpakaian seksi sebelum dipilih oleh pelanggan melalui nombor.

"Pelanggan yang ditahan mengaku membayar RM150 untuk menikmati seks di pusat yang beroperasi 24 jam sehari itu. Kita menangkap kesemua wanita warga China berusia antara 20 hingga 31 tahun termasuk seorang ibu ayam serta seorang lelaki yang merupakan penjaga premis itu," katanya. -Kosmo

Tiada ulasan: