Isnin, 26 Julai 2010

Tak perlu saman Harussani: Pas Selangor

SELANGOR KINI

SHAH ALAM– Pas Selangor berpendapat pihaknya tidak perlu menyaman Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama Pas-UMNO, kata ketua penerangannya.

Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kontroversi pertemuan pesuruhjayanya Datuk Hasan Ali dengan Harussani tidak pernah menjadi isu bagi Pas dan gabungan pembangkang di negeri itu.

“Penjelasan Datuk Hassan itu dengan sendirinya membersihkan namanya. Saya rasa isu saman ini tidak relevan,” katanya.

Semalam Hasan diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani ekoran dakwaannya bahawa pemimpin Pas itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik Pas-UMNO.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah (perbincangan) Pas negeri itu di dewan auditorium MBSA di sini semalam, demikian menurut Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tiada ulasan: