Khamis, 1 Julai 2010

Surat Terbuka Kepada Konsesus Bebas

Oleh GuaBebas


"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana telah menubuhkan satu kumpulan konsesus Bebas yang anda semua beranggapan bahawa anda adalah bebas. Tetapi sesungguhnya, sejak dari hari penubuhan itu sehingga sekarang saya belum nampak lagi betapa bebas nya kumpulan ini.

Satu konsesus bebas yang ditubuhkan bekas ahli-ahli PKR dengan pelbagai watak seperti korporat, alim dan intelektual yang kini hanya bersuara bebas kearah menunjukkan tentang keburukan PKR sahaja tetapi tidak pernah bercakap tentang keburukan BN.

Baiklah... untuk tidak bersangka buruk kepada kumpulan konsesus bebas anda, saya ingin memberitahu satu isu baru yang anda boleh ketengahkan sebagai sebuah konsesus bebas.

Ditengah keghairahan PM Najib memaklumkan bahawa penanda ekonomi meningkat dari 1% kepada 1.5% dan terkini 5% dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...sedarkah anda bahawa pada hari ini terdapat beberapa buah sekolah diluar bandar telah menerima impak peningkatan ekonomi NAJIB tersebut.

Pada hari ini, 1hb.Jun 2010, sebuah sekolah dinegeri sembilan dibawah pemerintahan BN dan juga MB yang membawa wang jutaan ringgit keluar negara TERPAKSA MENGANTUNG PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) untuk murid-murid miskin disebabkan ketiadaan wang untuk membayar pada pihak pengusaha kantin.

Bolehkah anda membayangkan, RMT merupakan projek kerajaan pusat dan dilaksanakan diseluruh negara tetapi terpaksa digantung perlaksanaannya disebabkan ketiadaan sumber kewangan. Dimanakah aras penanda kenaikan hingga 5% yang dinyatakan oleh NAJIB.

Yang menerima tempias dari pengantungan program ini ialah kanak-kanak miskin yang mana sebelum ini sudah terjamin mendapat makanan samada waktu sarapan pagi atau diwaktu rehat. Mungkin anda mengatakan bahawa takkanlah ibubapa kanak-kanak tersebut tidak mampu untuk memberi RM2 seorang kepada anak mereka. Itu bukan persoalannya.... Kerana anda semua tidak tahu perit jerih orang-orang miskin diluar sana.

Kalau program itu tidak digantung, ibubapa hanya perlu menyediakan RM2 kepada anak mereka untuk kos makanan waktu tengahhari sebelum masuk kekelas agama fardu ain (KAFA)... Kini kos menjadi RM4 sehari - bererti RM20 seminggu - bererti RM80 sebulan. Kalau ada 4 orang anak = RM80 x 4 = RM320.00. Belum lagi masuk tambang bas, yuran kafa dan lain-lain lagi.

Pada masa kini, disaat ini, hujan tengah turun mencurah-curah.. Ini bererti para penoreh getah tidak dapat turun menoreh dan tiada pendapatan hari ini... Tapi RM2 perlu disediakan untuk anak mereka. Kalau sebelum ini, jika hari hujan, para penoreh ini masih lagi tersenyum melihatkan anak-anak mereka pergi sekolah..kini senyuman itu telah lari dari bibir mereka.

Bagi memastikan anda sebagai konsesus bebas boleh bertindak, ingin saya maklumkan bahawa salah sebuah sekolah yang terbabit itu ialah S.K.Dato' Raja Melana Rantau, Negeri Sembilan. Sekolah yang telah melahirkan ramai pelajar pintar dibawah rancangan RMT dibawah KAWASAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN....

Apa yang konsesus bebas boleh lakukan dengan isu ini?

Saya menanti tindakan anda ..................

Tiada ulasan: