Selasa, 6 Julai 2010

Suara Keadilan Terus Diterbitkan

TV SELANGOR

Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, akan meneruskan cetakan tanpa permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri.

Permit akhbar PKR ini dilapor tidak akan diperbaharui selepas ia luput pada 30 Jun depan.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan akan beroperasi seperti biasa kerana pihak KDN belum memberi kata muktamad.

"Kerajaan memberitahu permit tidak akan diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan," kata Tian Chua kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat membahaskan isu ini.

"Kita harap usul ini diterima dan dibahas di Parlimen esok," kata Azmin.

Tiada ulasan: