Rabu, 21 Julai 2010

Sekolah Agama di Perak dapat tanah tanam kelapa sawit

SINAR HARIAN

IPOH - Kerajaan Perak hari ini mengumumkan pemberian tanah seluas 2,000 hektar kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat untuk dijadikan ladang kelapa sawit dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan dan menaik taraf institusi pendidikan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pendapatan daripada pemberian tanah itu akan dimasukkan dalam satu tabung khas Sekolah Agama Rakyat yang akan diuruskan sama ada oleh kerajaan negeri atau Yayasan Perak.

"Pemberian (tanah) ini adalah tambahan kepada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini untuk menyelaraskan dan menguruskan Sekolah Agama Rakyat," katanya kepada pemberita, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Zambry berkata, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak telah bersetuju untuk menguruskan dan membangunkan tanah ladang itu.

Tiada ulasan: