Jimadie Shah Othman | |||
|
Dalam laporan muka depannya semalam, Suara Perkasa memetik Timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman A Bakar sebagai mendesak Wee memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa Mara.
Dalam artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.
Artikel itu antaranya mengkritik orang-orang Cina yang 'di sebelah sana' yang sering menyerang PERKASA, yang kononnya menimbulkan rasa tidak puas hati kaum Cina.
Artikel itu juga antaranya mendakwa "serangan rasis" tersebut diteruskan saban hari dengan anggapan orang Melayu tidak membaca akhbar berbahasa Cina.
Daud juga memberitahu, pengarang Suara Perkasa Amirudin Mohamad turut dipanggil dan telah memberikan penjelasan kepada beberapa pegawai kementerian itu di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.
"Saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana belum ada akhbar yang mengetengahkan isu-isu orang Melayu. Saya akan berikan kerjasama penuh," katanya.
Dau
"Setiap artikel yang dianggap panas dirujuk dahulu dengan penasihat undang-undang PERKASA," katanya.
Amirudin selesai memberikan keterangan kira-kira sejam bermula jam lima petang tadi manakala Daud pula akan hadir bagi sesi yang sama pada jam 12 tengah hari pada Isnin depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan