Sabtu, 17 Julai 2010

Sakit: Peguam minta tangguh perbicaraan liwat

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah dirayu supaya menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Sankara Nair, rayuan itu dibuat kerana Karpal Singh selaku peguam utama tidak dapat hadir pada sesi penghujahan yang sepatutnya dijadualkan pada Isnin depan.

Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, menurut beliau, masih menjalani terapi jantung di Hospital Universiti Kuala Lumpur sejak Jumaat minggu lepas.

"Kita akan minta penangguhan daripada hakim kerana dia (Karpal) menghidapi jangkitan paru-paru.

"Karpal peguam utama kes Anwar tidak dapat hadir pada perbicaraan itu," ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Berdasarkan perhitungan cuti sakit selama 15 hari yang diterima Karpal, tambahnya lagi, Karpal dijangka keluar hospital pada Jumaat depan.

Bagaimanapun, menurut Sankara, Anwar serta pasukan peguambela yang lain tetap menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggu Kuala Lumpur, Jalan Duta sekitar jam 9 pagi hari tersebut untuk mendengar keputusan rayuan mereka itu.

"Peguambela yang lain dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri tetap akan hadir di mahkamah pada 9 pagi, 19 Julai," dipetik dari sistem pesanan ringkas (sms) beliau kepada Harakahdaily.

Tiada ulasan: