Isnin, 5 Julai 2010

Rakyat Sabah Mengeluh Akibat Dibelit Kegagalan Pentadbiran Barisan Nasional


TV SELANGOR


Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari, begitulah pepatah yang menggambarkan keluhan rakyat Sabah yang sekian lama dibelit kegagalan pentadbiran Barisan Nasional.

Rakyat Sabah menyangka kerjasama untuk membentuk Persekutuan adalah membawa kebaikan yang berpanjangan, namun siapa sangka sesudah 47 tahun Sabah kini antara negeri termiskin di Malaysia.

Dirahmati dengan hasil bumi yang kaya, namun hampir semuanya ditarah untuk projek-projek luar biasa.

Kuala Lumpur semakin pesat dengan wang-wang yang disedut dari bumi Sabah, namun kemana perginya kemewahan yang dijanjikan sehingga anak-anak Sabah sendiri terpaksa merantau ke Lembah Klang untuk menampung ibu-bapa di kampung.

Sejak 1963, kepercayaan rakyat Sabah di sia-siakan Barisan Nasional.

"Kesedaran adalah penting. Kesedaran menunjukkan bagaimana kita dapat menolong bagaimana kita punya perasaan dan niat, komitmen kita. Ini yang kita sama-sama nak cuba menyelesaikan. Kalaulah kita semua datang, ini satu yang baik. Kalaulah kita boleh mengembeleng semua tenaga kita, kita boleh tangani Masalah ini. Ini perkara yang sepatutnya tidak berlaku terutamanya antara kita sesama manusia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai masalah rakyat Sabah dalam Forum Masalah Rakyat Sabah di Lembah Klang Anjuran Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.

Hampir 100 rakyat Sabah yang tinggal di Sekitar Lembah Klang hadir untuk berbincang bersama panel mengenai penyelesaian masalah sosio-ekonomi rakyat Sabah di semenanjung yang mendapat pendedahan media massa aliran utama.

Panel yang terdiri dari Wan Azizah, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kota Raja dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, Timbalan Presiden DAP Sabah, Edward Ewol Mujie, Ketua Gereja St Francis of Asisi, Cheras, Father Valentine Gompok dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chieu

Pemimpin DAP Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kegagalan pentadbiran Umno Barisan Nasional mendukung cita-cita generasi yang memilih untuk bersama dalam Malaysia 47 tahun yang lalu.

"Saya akan cakap di Parlimen bahawa sudah 47 tahun Sabah di bawah Malaysia, sudah sampai masanya tubuh satu Suruhanjaya Diraja untuk kaji samada angan-angan, harapan generasi Sabah tahun 63 ambil keputusan tubuhkan Malaysia, adakah ditunaikan," katanya.

Dr Siti Mariah yang juga ahli Lajnah Pusat PAS, kesal kerana sistem sosial dan politik yang meminggirkan rakyat sabah menyebabkan mereka masih lagi gagal berintegerasi sepenuhnya dengan Semenanjung Malaysia.

"Kami amat bersimpati dengan rakan-rakan yang berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mencari satu kehidupan yang lebih baik tapi malangnya, apa yang kita dengar, apa yang anda alami lebih perit dari di Sabah. Selama 47 tahun Barisan Nasional memerintah Sabah bersama dalam Malaysia tapi malangnya kita masih tidak berjaya menintegrasikan Sabah dan Sarawak dengan semenanjung. Setengah orang kata Sabah, Sarawak dan Malaysia seolah-olah Sabah dan sarawak bukan sebahagian dari Malaysia," katanya.

16 ulasan:

Ted Medresher berkata...

belia2 Sabahan bukannya TERPAKSA merantau ke SM.. macam mana banyak sekalipun peluang pekerjaan di Sabah, mereka akan tetap merantau.. bagaimana mereka sanggup membeli tiket penerbangan semata2 untuk mempertaruhkan nasib di SM sedangkan mereka sendiri tidak dapat pastikan bagaimana nasib mereka kelak. semuanya pengaruh, bukannya terpaksa..

Ted Medresher berkata...

pembangkang sengaja menimbulkan isu ini kerana tidak sabar untuk merampas kerajaan. mereka sendiri pun belum tentu boleh menyelesaikan isu ini melainkan menimbulkan pelbagai soalan dan mencadangkan siasatan dijalankan.. jangan tunjukkan kesungguhan dan perihatin untuk sementara sahaja, keluarkan cadangan dan plan bagaimana kamu mengatasi masalah ini supaya rakyat boleh nampak dan meletakkan kepercayaan terhadap pemerintahan kamu.

tombolo berkata...

tidak di nafikan bahawa Sabah masih lagi mundur berbanding negeri2 lain di Malaysia, namun kini negeri sabah mula membangun. byk pembangunan telah dijalankan oleh kerajaan BN untuk negeri Sabah.

tombolo berkata...

nasib negeri Sabah bergantung kepada keupayaan penduduk Sabah itu sendiri. rakyat Sabah seharusnya bangkit untuk menbangunkan negeri Sabh yang tercinta!

Tanpa Nama berkata...

masih byk lagi masalah dan isu di Sabah yang belum dpt diselesaikan. semua pihak seharusnya bekerjasama menyelesaikan maslaah ini, bukan saling menyalahkan satu sama lain.

Unknown berkata...

Kerajaan akan cuba yang terbaik untuk membangunkan Sabah dalam RMK yang akan datang. Masalah yang terjadi dilembah klang merupakan masalah persendirian. kerajaan cuba membantu memberi peluang pekerjaan disabah namun mereka tidak mahu kerana sifat yang memilih kerja.

Unknown berkata...

kerajaan haruslah memikirkan macammana untuk menyelesaikan masalah ini. belia2 yang terlibat dalam masalah dinasihatkan..berfikirlah sebelum bertindak. jangan main lantak saja.

jsiput berkata...

The opposition is obviously taking advantage of this issue to turn the people against the BN. Do sincerely help the stranded sabahans and come up with a solution. The opposition shouldn't give the sabahans high hope if they can't keep their promises.

Logop berkata...

Jangan asyik menyalahkan kerajaan sahaja apabila masalah berlaku. Pada pendapat saya, ia adalah kesalahan rakyat sabah juga kerana bertindak tanpa berfikir panjang. Mereka harus ada "backup plan" sekiranya kejadian seperti itu akan berlaku.

Sanih Alias berkata...

BN belum lagi gagal untuk membangunkan sabah. malah BN berusaha lebih untuk membantu sabah untuk membangun. yakin BN akan menunaikan semua apa yang telah dirancang.

Tanpa Nama berkata...

sabah sekarang ni sebenarnya semakin membangun, cuma beberapa isu dan masalah di Sabah seperti pendatang asing dan kemiskinan belum lagi dpt diselesaikan. kita tak boleh menyalahkan kerajaan semata2. semua pihak harus ambil peranan untuk membangunkan negeri sabah.

langsat berkata...

Sebenernya tiada masalah bagi belia sabah yang bekerja di SM ini. Cuma harus difikirkan kebaikan dan keburukan yang bakal ditempuhi. Biasalah hidup merantau di negeri orang ada kala nya baik atau sebaliknya. Diharapkan pihak tertentu dapat memberi kerjasama dalam membantu belia sabah yang mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

langsat berkata...

Sebenernya banyak peluang pekerjaan di sabah khususnya di sektor perladangan, cuma masalahnya gaji yang ditawarkan tidak mencukupi disebabkan harga barangan makanan semakin naik mendadak. Saya juga heran kerana semua majikan terutamanya ladang kelapa sawit menawarkan gaji yang sangat rendah sedangkan keuntungan jualan BTS sangat2 banyak dan menguntungkan terutamanya syarikat2 besar di sabah.

langsat berkata...

Diharapkan perkara ini mendapat penyelesaian. Mungkin kerajaan atau pihak tertentu perlu menstrukturkan semula kadar gaji bagi menarik lebih ramai pekerja belia sabah dan tidak perlu pergi ke SM untuk mendapatkan pekerjaan.

Boten_Trish berkata...

All the people need is compassion, unbiased and equality. If they can do something about this, if God is willing, then the people's trust will come back to the ruling Govt.

Ted Medresher berkata...

ada baiknya jika pihak kerajaan dan NGO dapat menganjurkan seminar atau program di peringkat kampung bagi memberi kesedaran kepada rakyat terutamanya belia2 sabah berkenaan dengan peluang pekerjaan di Sabah, penipuan agensi2 pekerjaan dan masalah2 yang perlu dihadapi jika berkerja di SM.