BERNAMA | ||
|
"Pada saya, isu ini tidak boleh diputuskan secara terburu-buru kerana kita perlu teliti semua pandangan sebab ia melibatkan satu keputusan besar membabitkan sistem pendidikan negara yang melibatkan perubahan besar termasuk dari segi logistik.
"Ia turut membabitkan ibu bapa dan masa depan anak-anak...atau dalam kata lain melibatkan kualiti pendidikan negara, jadi ia tidak boleh dibuat terburu-buru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highland, hari ini.
Mohd Puad berkata dalam membuat keputusan itu, kerajaan juga perlu melihat kemampuan kementerian dari segi penyediaan alternatif atau pilihan lain sekiranya keputusan dibuat untuk memansuhkan peperiksaan itu.
"
Perbincangan meja bulat pertama membabitkan kira-kira 100 warga pendidik terdiri daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian di kementerian, Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua, Guru Besar, Kesatuan dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, diadakan di Putrajaya semalam bagi mengumpul pandangan dan input berhubung cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu.
Perbincangan kedua bakal diadakan Selasa depan yang melibatkan ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik serta pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu itu.
"Walaupun saya akui kesatuan guru bersetuju pemansuhannya, tetapi itu hanyalah pandangan daripada mereka yang berada dalam bidang pendidikan. Yang pasti kita perlu dengar lebih banyak pandangan daripada pihak luar agar keputusan yang diambil boleh memberi kebaikan kepada semua," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan