Ahad, 11 Julai 2010

Presiden MIC terus membisu, enggan ulas pelan bersara tahun depan


KUALA LUMPUR — Datuk Seri S. Samy Vellu yang Mei lalu mengumumkan hasrat untuk melepaskan jawatan Presiden MIC suku ketiga tahun depan mengambil sikap ‘membisu’ ketika timbul persoalan sama ada beliau tetap akan mengotakan janjinya.

Beberapa perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-64 dua hari yang berakhir hari ini menggesa pemimpin veteran itu agar terus memegang jawatannya termasuk ada yang meminta beliau kekal “selama 100 tahun.”

Mandat kepimpinan tiga tahun beliau akan berakhir Mei 2012.

“Saya tidak mahu mengatakan apa-apa tentang diri saya khususnya tentang kedudukan saya sebagai presiden dan lain-lain.

“Saya mahu biar perkara ini tenang dulu,” kata beliau ketika ditemui wartawan selepas berakhirnya perhimpunan kali ini.

Ketika diulang tanya sama ada beliau akan kekal dengan pelannya untuk bersara tahun depan, Samy Vellu berkata, “saya tidak mahu cakap apa-apa.”

“Saya tidak mahu berkata apa-apa,” kata bekas ahli Parlimen dan anggota Kabinet ini.

Samy Vellu (gambar) mengetuai MIC sejak 32 tahun lalu.

Tiada ulasan: