Khamis, 15 Julai 2010

Pertemuan editor akhbar rasmi Pakatan

Abdul Rahim Sabri

Satu pertemuan antara pengarang akhbar rasmi parti-parti komponen Pakatan Rakyat akan berlangsung petang ini.

Pertemuan pengarang Suara Keadilan, Harakah dan Roket akan diadakan di Ampang petang ini.

Berikutan itu, pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berkata beliau tidak akan ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya jam 2 petang ini.

Sebelum ini, Dzulkarnian diminta memberi keterangan di balai polis berkenaan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap akhbar tersebut Isnin lalu.

Beliau telah dihubungi oleh ASP Rejaliak Angong pada jam 5 petang semalam, meminta beliau hadir memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Berikutan itu, Dzulkarnian berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak polis bagi menetapkan tarikh baru untuk beliau memberi keterangan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Dzulkarnian berkata satu pengumuman penting akan dibuat selepas itu.

Tiada ulasan: