Sabtu, 3 Julai 2010

Perhimpunan antijudi ditangguh ke petang

MALAYSIA KINI



Sambutan "Kempen Tak Nak Judi" yang dijadualkan pada pukul 2 petang di Masjid Negara hari ini ditunda ke jam 5 petang bagi menghormati satu majlis pengkebumian di masjid berkenaan.

Penganjur perhimpunan itu Suhaizan Kaiat berkata perhimpunan berkenaan akan ditunda ke petang ini bagi menghormati majlis pengebumian Allahyarham Toh Puan Norashikin Mohd Seth.

Toh Puan merupakan balu kepada Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Abd Rahman bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

"Moga rohnya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah," kata Suhaizan dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com

"Pihak GMJ juga memohon maaf kepada semua peserta himpunan yang telah datang awal bagi menjayakan Himpunan Tak Nak Judi," katanya lagi.

Perhimpunan kali ini diadakan bagi menggantikan protes yang dijadualkan sebelumnya, memandangkan kerajaan menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Sementara itu, pengerusi GMJ Mohd Azmi Abdul Hamid turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Tun Dr Ismail.

"Moga rohnya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini.

Tiada ulasan: