Ahad, 11 Julai 2010

Peniaga gesa kerajaan selesaikan bangunan ' Gajah Putih ' di Pasar Borong Chukai


BULETIN ONLINE

Chukai, Kemaman
- Para peniaga pasar borong Kemaman menggesa pihak berkuasa kerajaan Terengganu supaya segera menyelesaikan isu bangunan yang telah didirikan, terbiar begitu saja dalam kawasan pasar tersebut.

Mereka bimbang bangunan berupa gerai tempat menjual barangan makanan basah dan kering yang telah pun siap sejak setahun lalu itu, akan menjadi 'gajah putih' dan membazirkan wang rakyat.

Wakil peniaga ternbabit Shafie Omar, 41, berkata, asalnya ia bangunan tersebut dibina adalah untuk menempatkan peniaga runcit dari pasar besar Chukai.

Namun setelah mendapat bantahan dari para peniaga borong, rancangan kerajaan untuk memindahkan peniaga runcit tersebut tidak berkeputusan.

"Tempat yang dibuat tu, beri teruslah kepada rakyat. jangan dilambat-lambatkan, jangan tunggu lama-lama,

"yang sepatutnya masuk ke tempat itu peniaga pasar besar (Chukai), kita dapat tahu peniaga pasar besar tak datang, berilah kepada penaiag pasar borong,"katanya ketika ditemubual Buletinonline semalam.

Menurutnya, bangunan tersebut terdiri dari 30 unit gerai untuk menjual makanan, 14 unit gerai pelbagai dan beberapa buah gerai untuk jualan basah.

Katanya, tempat tersebut tidak sesuai untuk jualan runcit kerana letaknya dibelakang dan keluasan yang tidak mencukupi.

Selain itu katanya, adalah tidak sesuai untuk meletakkan peniaga pasar runcit dari pasar besar Chukai bersekali dengan peniaga borong sedia ada.

"Sekarang kita tunggu jawapan samada berikan kepada peniaga pasar besar aytau pasar borong, sepatutnya peniaga pasar besar akan berpindah, kita bantah, kerana tidak boleh (duduk) sekali (peniaga) pasar besar (runcit) dengan peniaga pasar borong,

"dari segi tempat itu tidak sesuai (untuk peniaga runcit), ia sempit,"jelasnya yang telah menjalankan perniagaan brorong sejak 7 tahun lalu..

Justeru, beliau meminta agar kerajaan membuat keputusan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut bagi mengelakkan ia menjadi projek 'Projek Gajah' Putih yang membazirkan wang rakyat.

Tiada ulasan: