Rabu, 14 Julai 2010

Pemuda PAS gesa Najib umum laporan KPI dijanjikan April 2009

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS hari ini menggesa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kepada rakyat pencapaian Indeks Utama Prestasi (KPI) yang dijanjikan ketika pembentukan Kabinet beliau April 2009.

Meskipun pentadbiran Najib sudah berusia 15 bulan tetapi sehingga kini belum ada maklumat mengenai perkembangan laporan KPI.

“Kami menggesa dan mendesak Perdana Menteri mengumumkan dengan segera laporan pencapaian KPI secepat yang mungkin.

“Sekarang sudah pertengahan bulan Julai tetapi tiada apa-apa perkembangan, rakyat menunggu laporan prestasi setiap kementerian,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasssan Tantawi ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: