Isnin, 5 Julai 2010

Pemuda MIC usul singkir ahli tidak bertanggungjawab

BERNAMA



Pemuda MIC hari ini telah membuat usul supaya parti itu menyingkirkan ahli yang tidak memberi kerjasama dalam membangunkan kebajikan masyarakat India di negara ini.

Ketuanya T. Mohan berkata selain itu pemimpin parti itu yang tidak menjalankan tanggungjawab juga perlu diganti.

"Boleh dilihat tiada tindakan diambil di sesetengah tempat. Itu tidak bermaksud kami mengabaikan tanggungjawab, kami sedang melakukan tetapi kerjasama di antara anggota juga diperlukan," katanya pada mesyuarat perwakilan Pemuda MIC Kebangsaan di sini hari ini.

Mesyuarat perwakilan itu juga membuat usul agar gaji minima pekerja ladang ditetapkan antara RM900 hingga RM1,200 sebulan.

Selain itu, Pemuda MIC menggesa kerajaan menjadikan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai ujian kelayakan untuk masuk ke universiti untuk semua berbanding pada masa kini yang turut menerima lulusan matrikulasi.

Ini memberi gambaran suasana yang tidak adil kepada pelajar yang menduduki STPM, kata Mohan.

Tiada ulasan: