Selasa, 20 Julai 2010

Peluang Umno – PAS akan hilang jika tidak bersungguh-sungguh, kata Hishammuddin


KUALA LUMPUR 9 DIS  2006 - Interview khas dengan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk  Hishammuddin Tun Hussein di rumahnya di Ampang semalam. Gambar Digital:  Abd Rahman Saleh/ Pemberita: Khalid Mohd, Azam Sairi, Siti Mariam &  Anand/ Meja Mingguan Malaysia FREE MALAYSIA TODAY

KUALA LUMPUR: Peluang mewujudkan kerjasama Umno dan PAS yang menjurus kepada perpaduan akan hilang sekiranya kedua-dua pihak masih tidak bersungguh-sungguh, kata Datuk Seri Hishammuddin Husein.

"Tujuan itu akan ‘dirampas’ oleh beberapa pihak yang tidak menginginkan usaha itu berlaku pada masa depan berikutan pendekatan sama ingin dilakukan sebelum ini seringkali terbantut.

"Kadang-kala pertimbangan lain dicampur aduk dengan politik, peribadi dan ego seperti isu keselamatan yang dibincangkan dalam persidangan hari ini dicampur aduk dengan politik dan polemik, akhirnya yang bermaharajela adalah pihak militan (sebagai contoh)," kata naib presiden Umno itu kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pertubuhan akademi kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI NAA) Bahagian Asia Pasifik ke-13 di sini, hari ini.

"Keikhlasan itu perlu jika hendak duduk semeja dan berbincang mengenai masa depan ummah dan memikirkan cara untuk meniti cabaran dalam persepsi terhadap Islam dan jihad pembangunan ummah.

Kita tidak boleh dalam satu keadaan hendak duduk semeja tetapi dalam keadaan yang lain masih ada mencaci maki dan menghina antara satu sama lain," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak mungkin menjadi realiti apabila kepentingan politik dan agenda masing-masing masih tidak diketepikan oleh kedua-dua pihak

Persidangan yang berlangsung selama lima hari itu disertai oleh kira-kira 200 peserta, antara lain akan membincangkan isu kerjasama antarabangsa bagi menangani keganasan dan pemerdagangan manusia di rantau ini.

Pertubuhan itu dianggotai oleh 17,000 anggota penguatkuasa undang-undang
profesional dari seluruh dunia.

Tiada ulasan: