Jumaat, 23 Julai 2010

Peguam Zaid gesa Mahkamah tidak pandang ringan


20090512141243_mahkamah rayuan Oleh Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa mahkamah berlaku adil dan tidak memandang ringan terhadap penyelewengan dan rasuah yang difailkan dalam petisyen berkaitan pilihan raya kecil (PRK) parlimen Hulu Selangor.

Terdahulu, hakim Azahar Mohamed membenarkan permohonan Malik untuk menjelaskan beberapa kesilapan yang tertera pada muka depan petisyen. Bagaimanapun beliau tidak membenarkan pindaan secara bertulis dibuat dalam petisyen itu.

Malik dalam hujahnya membidas kenyataan peguam Firoz Hussien Ahmad Jamaluddin yang mewakili P Kamalanathan yang menyatakan beliau (Malik) umpama polis yang ingin membanteras rasuah.

Beliau menegaskan bahawa peguam-peguam yang mewakili Zaid bukannya polis, tetapi penyelewengan dan rasuah dalam pilihan raya mampu diselesaikan melalui mahkamah ini.

Kata beliau kepada hakim, petisyen Zaid yang bertujuan membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor adalah kerana ingin membuktikan bahawa penyelewengan undi memang berlaku, yang akhirnya memberi kemenangan kepada Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).

Rasuah dalam bentuk sogokan

imagesTambah beliau, rasuah dalam bentuk sogokan termasuk janji dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi MCA Chua Soi Lek bertujuan untuk memberi kemenangan mudah kepada calon BN.

"Menggunakan taktik sogokan adalah salah disisi undang-undang hingga jelas memberi gambaran bahawa pemimpin yang ingin memenangi sesuatu pilihan raya harus mengeluarkan wang untuk membeli pengundi.

Zaid dalam petisyennya menamakan Kamalanathan, pegawai pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.

Malik berkata, terdapat bukti yang kukuh dalam petisyen ini dan prosiding harus diteruskan untuk membolehkan mahkamah mendengar dan menilai secara telus berhubung kes ini.

Katanya, mahkamah juga tidak boleh mengetepikan rakaman yang disiarkan dalam portal internet ‘Youtube’ dan ‘MalaysiakiniTV’ mengenai janji-janji BN untuk memastikan kemenangan Kamalanathan.

Malik juga menyatakan terdapat banyak lagi kejadian rasuah yang tidak dikemukakan untuk rumusan hakim kerana bukti rasuah yang sedia ada ini sudah mencukupi.

Hakim menetapkan pagi esok untuk sambungan mendengar prosiding petisyen ini.

Tiada ulasan: