Sabtu, 10 Julai 2010

Najib Gantung Suara Keadilan Gerun Anwar Jadi Perdana Menteri

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri kini dalam keadaan ketakutan apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu mengambil alih kepimpinan negara pada bila-bila masa sehingga terpaksa mengambil keputusan menggantung penerbitan Suara Keadilan bagi menyekat lebih banyak pembongkaran skandal dan penyelewengan di buat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Najib tidak mempunyai apa-apa pilihan kecuali "membunuh" satu-satunya saluran rasmi parti untuk menyampaikan maklumat kepada ahli dan rakyat.

"Najib sudah sampai tahap cukup takut dan gerun berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar sudah cukup bersedia untuk menerajui negara pada bila-bila masa.

"Sebab itu, Najib tidak ada pilihan dan apa yang beliau nampak adalah dengan cara membunuh rangkaian tersebut dengan tujuan untuk menyekat pergerakan Ketua Umum KEADILAN berbagai tuduhan dan fitnah seperti liwat, pengkhianat bangsa dan tidak cukup setakat itu, Suara Keadilan pun mereka mahu haramkan," kata Abdullah Sani kepada Suara Keadilan.

Sehubungan tindakan Najib mengumumkan Felda akan meneruskan niat menyaman RM200 juta terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan amat mengejutkan yang mencerminkan seolah-olah tidak ada 'second liner' yang bercakap bagi pihak kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Abdullah Sani berkata apabila kenyataan sedemikian dibuat oleh seorang pemimpin yang bertaraf Perdana Menteri mengambarkan beliau tidak mempunyai kelas sebagai seorang pemimpin tinggi negara sehingga terpaksa mencampuri isu ini.

Ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka dan perasmian Maktab Rendah Sains Mara di Felda Trolak 7 Julai lalu, Najib berkata Felda akan tetap menyaman akhbar itu ekoran laporan bertajuk "Felda Bankrap" dalam keluaran 237, 22-29 Jun lalu.

"Ini menunjukkan bahawa Najib sudah ketandusan idea dan ada niat jahat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN."Tindakan beliau ini tidak mencerminkan beliau sebagai pemimpin tertinggi di dalam negara, sebagai Perdana Menteri beliau tidak sepatutnya bercakap demikian.

"Isu Felda ini sepatutnya dibahaskan di Parlimen kerana dalam kandungan artikel 'Felda Bankrap' di dalam akhbar KEADILAN itu menyebut Felda akan bankrap bermakna pemimpin Umno-BN takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana kuasa pembeli yang mahu membaca Suara Keadilan," kata Abdullah Sani.

Tambah Abdullah Sani, akhbar parti itu diikuti oleh generasi muda dan digeruni oleh pihak lawan dan cara yang paling senang adalah dengan membunuh terus Suara Keadilan supaya pimpinan Umno-BN yang mengelumang dengan pelbagai skandal dan rasuah boleh terus bermaharajalela.

Katanya lagi, KEADILAN akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu kerana dengan cara itu parti boleh menyampaikan terus informasi kepada rakyat.

Tiada ulasan: