Selasa, 13 Julai 2010

MB: Air Bukan Untuk Perkaya Kroni

TV SELANGOR

Kerajaan Selangor tidak membantah projek import air Pahang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin berlaku salah dengan mendakwa kerajaan negeri enggan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam projek Pahang-Selangor itu.

"Kerajaan Selangor tidak membantah projek Pahang-Selangor. Apa yang kita harapkan adalah ia dilakukan dalam cara yang tidak menggemukkan syarikat-syarikat swasta yang menjadi kontraktor dalam projek itu nanti," tegas Khalid.

Beliau juga menolak dakwaan Muhyiddin bahawa kerajaan negeri akan muflis jika ia terus memberi air percuma kepada rakyat Selangor.

Tan Sri Khalid menjelaskan tabung kewangan negeri kekal pada pada paras RM1.3 bilion tahun lalu, bahkan meningkat kepada RM1.5 bilion pada penghujung Jun tahun ini, selepas menolak kos memberi air percuma.

"Lantas, ini bermakna belanjawan negeri seimbang, tidak seperti kerajaan persekutan yang bergerak dengan belanjawan defisit," kata Khalid.

"Saya juga ingin maklumkan bahawa harga air di Selangor adalah jauh lebih murah berbanding Johor, negeri yang dahulunya dipimpin oleh TPM, yang merupakan negeri yang mengenakan caj air paling tinggi di Malaysia," tambah beliau.

Tiada ulasan: