Khamis, 29 Julai 2010

LPK batal mesyuarat selepas arahan menteri

MALAYSIA KINI


Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membatalkan mesyuarat lembaga pengarahnya hari ini selepas arahan kerajaan supaya membuat bayaran kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan (PKFZ).

NONEMesyuarat tersebut adalah untuk memutuskan sama ada hendak memenuhi tanggungjawabnya kepada pemegang bon yang membiayai kontraktor turnkey PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd Kuala (KDSB).

Difahamkan, lembaga pengarah LPK berpandangan bahawa mesyuarat tersebut sudah tidak perlu lagi diadakan kerana pihak menteri pengangkutan telahpun membuat keputusan.

Menurut Perkara 3 (4) Akta Lembaga Pelabuhan 1963, menteri pengangkutan mempunyai kuasa untuk mengetepikan keputusan lembaga berkenaan.

Semalam, kerajaan telah mengarahkan LPK membuat bayaran kepada syarikat tujuan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual pembayaran.

Dalam membuat keputusan tersebut, Kementerian Pengangkutan berkata, kerajaan telah mengambilkira semua faktor yang relevan termasuk komitmen kerajaan kepada pelabur bon, dan tanggungjawab LPK di bawah perjanjian yang ditandatangani.

Tiada ulasan: