Isnin, 5 Julai 2010

Loji arang batu Sabah: NGO luar negeri cadang batalkan

BERNAMA

KOTA KINABALU — Pertubuhan-pertubuhan dan individu seberang laut mahukan Malaysia menunjukkan teladan cemerlang kepada dunia dengan membatalkan loji berkuasa arang batu yang dicadangkan di Lahad Datu, Sabah.

Menyertai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang menyatakan bantahan terhadap loji itu kerana khuatir ia menjejas alam sekitar, ialah surat-surat dari seantero dunia yang dikirim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menerajui usaha ke arah penggunaan tenaga bersih.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Green Surf (Sabah Unite to Re-Power the Future) berkata antara mereka yang menulis surat berkenaan ialah aktivis alam sekitar terkenal Amerika Julia Butterfly Hill dan rakan sealirannya dari Australia, John Seed.

Pengarah Eksekutif Land Empowerment Animals People (Leap) dan anggota Green Surf Cynthia Ong berkata terdapat kebimbangan mendalam di kalangan masyarakat sejagat terhadap cadangan membina loji itu dengan kuasa 300-megawatt di Sabah yang terkenal kerana kewujudan orang utan, badak dan kawasan marin terkenal seperti Sipadan.

Dalam surat itu, pertubuhan berkenaan positif terhadap komitmen Najib untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyanjungi kepimpinannya, kata beliau.

10 ulasan:

tombolo berkata...

loji aragn batu adalah untuk menjana tenaga elektrik di Sabah, bagaimanapun pembinaan loji ini dibimbangi akan menjejaskan alam sekitar. apapun, perkara ini perlu dikaji secara mendalam sebelum dilaksanakan.

Ted Medresher berkata...

pertubuhan2 atau individu2 yang membantah cadangan pembinaan logi arang batu ini patut mengemukakan cadangan yang sesuai untuk menggantikan logi arang batu di Sabah.. cadangan tersebut mesti benar2 sesuai, tepat dan mampu memenuhi kekurangan sumber tenaga di Sabah. dan yang paling penting, ianya mesti 100% mesra alam.. jangan hanya tahu membantah..

Tanpa Nama berkata...

loji arang batu yang dijana akan menggunakan teknologi yang mesra alam, oleh itu, tak perlu risau mengenai kesannya terhadap alam sekitar, jika ia tak dilaksanakan, amat sukar untuk Sabah menjana tenaga elekttrik.

Unknown berkata...

ini adalah untuk menbantu rakyat sabah dallam masalah kekurang tenaga elektrik. tapi apa pun suara rakyat akan didengar oleh kerajaan berkenaan loji arang batu ini.

Sanih Alias berkata...

kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyat. tapi tujuna sebenar untuk pembinaan ini adalah untuk kebaikan rakyat. membantu kekeurangan yang terdapat di sabah. inilah cara unutk memenuhi keperluan dan keinginan rakyat sabah.

Tanpa Nama berkata...

jika ia loji arang batu itu dijalankan, kerajaan akan memastikan alam sekitar akan sentiasa terjaga, lagipun ia akan menggunakan teknologi yang mesra alam. dengan ini tiada akan berlaku pencemaran terhadap alam sekitar. kita perlu faham akan perkara ini.

Anak Sabah berkata...

Memang dari awal lagi pelbagai NGO luar negeri dan dalam negeri membantah loji arang ini.

langsat berkata...

Pembinaan loji arang batu ini adalah bagi memastikan bekalan elektrik yang kritikal di sabah dapat memenuhi kehendak rakyat. Bagaimanapun ada sebilangan rakyat yang tidak bersetuju dengan pembinaan ini kerana ia akan menjejaskan alam sekitar. Diharapkan pihak-pihak terbabit dapat fikirkan cara terbaik agar pembinaan dapat diterukan atau sebaliknya, dan dengan tidak merosakkan alam sekitar.

langsat berkata...

Pihak-pihak terlibat juga harus pertimbangkan pembinaan loji arang batu ini disamping menjaga alam sekitar, kerana pembinaan loji tersebut sangat penting dan diperlukan di negeri ini, malah ia dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik, memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini, dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan mampu menarik pelabur-pelabur asing ke negeri ini.

langsat berkata...

Kajian yang mendalam terhadap penggunaan loji arang batu perlu dipastikan terlebih dahulu. Ini kerana timbul kebimbangan masyarakat akan kepentingan alam sekitar akan terjejas.