Selasa, 20 Julai 2010

Lebih 10,000 daftar epaper Harakah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pengurus Perniagaan dan IT Harakah, Suhaimi Embong memberitahu lebih 10,000 pengguna telah berdafatar eharakah untuk melanggan akhbar digital tersebut sejak epaper Harakah dilancarkan.

Bagi meraikan sokongan pengguna dan pembaca Harakah sempena dengan penyambungan semula permit penerbitan oleh KDN baru-baru ini, beliau memaklumkan bahawa satu promosi baru e-harakah telah dipersetujui.

Secara ringkasnya, harga eharakah akan lebih murah sehingga hampir 40 peratus berbanding dengan akhbar cetak, harga langganan eharakah untuk sebulan sebanyak lapan edisi adalah RM15 berbanding dengan RM16 untuk akhbar cetak.

Manakala harga langganan eharakah untuk 3 bulan (26 edisi) adalah RM45 berbanding dengan RM52 untuk edisi cetak, 6 bulan (52 edisi) RM85 berbanding RM104 untuk edisi cetak dan 1 tahun (104 edisi) hanya RM150.

“Di bawah promosi eharakah ini juga, kami menawarkan lebih diskaun untuk pelanggan setia yang menyambung langganan mereka, yakni bagi sambungan langganan 3 bulan seterusnya hanya perlu bayar RM40 sahaja,” katanya.

Begitu juga, katanya dengan penyambungan langganan 6 bulan kedua, pelanggan perlu bayar sebanyak RM70 manakala untuk tempoh setahun kedua, pelanggan hanya perlu bayar sebanyak RM130 sahaja.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila emel kepada epaper@harakah.net.my atau telefon 03-4021 3425.

Tiada ulasan: