Selasa, 6 Julai 2010

KES DENGGI DI SABAH MENINGKAT SEKALI GANDA

SABAH DAILY

Jumlah kes denggi yang dicatatkan di Sabah setakat 2 Julai tahun ini menunjukkan peningkatan sekali ganda iaitu 1,161 kes berbanding 534 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata walaupun jumlah kes denggi di seluruh negara menunjukkan penurunan pada tempoh tersebut iaitu 23,649 kes berbanding 25,072 kes pada tempoh sama sebelumnya, trend di negeri Sabah ini pula sebaliknya.

“Fenomena ini amat membimbangkan dimana sebelum ini jumlah kes di negeri ini adalah antara yang terendah.

“Jadi kita ingin menasihat masyarakat khususnya di negeri Sabah, yang tinggal di kawasan perumahan supaya sentiasa mengambil inisiatif untuk melaksanakan gotong royong, mengamalkan Kempen 10 minit dalam seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan aedes, jadikan ia sebagai rutin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kaamatan dan 3S (Sihat, Sejahtera dan Selamat) peringkat Taman Perumahan Kinarut Selatan dekat sini, kelmarin.

Rosnah berkata walaupun jumlah kes denggi di peringkat nasional menurun, tetapi angka kematian menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus dari jumlah kematian pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Tahun lepas kita mencatatkan 62 kematian, tetapi tahun ini ia meningkat kepada 81 kematian,” kata beliau. -NST

Tiada ulasan: