Rabu, 21 Julai 2010

KEMPEN KETUA CABANG PKR TENOM MULAI HANGAT

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

MUNGKIN pertandingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Tenom terhebat seperti di kawasan lain juga kerana ada beberapa orang calon Ketua Cabang PKR Tenom sudah mula berkempen walaupun belum ada arahan dari Ibu Pejabat PKR Pusat.

Calon-calon Cabang PKR Tenom yang sudah bersedia dicalonkan ialah :

a. Gunsibin Yosundang

b. Peter Linok

c. Ambrose Mail Mathew

d. Ederus Taripin

Baguslah, nampaknya PKR sudah mendapat perhatian, kerana banyak yang berminat untuk memimpin PKR. Kalau dahulu kita serahkan bulat-bulat tanpa tanding pun, ada yang tolak dengan berbagai-bagai alasan.

Hari ini senarionya berubah, PKR semakin mendapat perhatian rakyat. Kempen mulai 'panas'. Masing-masing mendakwa 'dirinya' lah yang layak dipilih untuk menjamin kemenangan PRU13 nanti. Ada di antara bakal calon sudah sanggup menyerang peribadi lawannya untuk dipilih sebagai Ketua Cabang.

Dari kacamata kita, boleh dilihat kehangatan kempen merebut Ketua Cabang PKR Tenom, ala Pilihanraya umum hebatnya. Satu yang boleh dibanggakan iaitu sambutan rakyat yang minat dengan perkembangan PKR hari ini. Jika rakyat minat mengikuti perkembangan PKR, maka itu satu petanda bahawa PKR punya harapan dalam PRU13 nanti.

Salah seorang calon, Gunsibin Yosundang memberi tahu Krew Sabahkini.Net, "Pilihlah Ketua Cabang PKR Tenom dari kalangan orang yang berfikiran terbuka, berkempen untuk mengubah nasib rakyat dan masa depan, mencari formula mengeluarkan rakyat Tenom dari kepompong kemiskinan melalui Pakatan Rakyat. Jangan pilih calon yang memuji-muji diri sendiri. Kononnya pilihlah 'dirinya' yang berwibawa, bijaksana, berketrampilan serba boleh dengan tranformasi Najib yang diasak ke otak rakyat. Ini angkat bakul sendiri namanya," sindir Gunsibin.

Bila Krew Sabahkini bertanya pada Halik Zaman yang kebetulan bersama Gunsibin minum di kedai mamak, Halik enggan mengulas tapi ketawa mendengar perkataan Gunsibin.

Kata Halik, "Semua pun Bagus bah!".

Tiada ulasan: