Sabtu, 10 Julai 2010

Jangan pilih pemimpin kerana kasta, kata Najib kepada MIC

Najib-PM Muda Mohd Noor


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib memberi amaran krisis dalaman MIC akan memusnahkan parti dan mahu ia diselesaikan.

Perdana menteri berkata, MIC tidak boleh memilih pemimpin berdasarkan berdasarkan kasta dalam masyarakat India.

Kata pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, “pilih pemimpin berdasarkan kebolehan, bukannya sikit atas, sikit bawah.”

”Tengok Umno, anak nelayan jadi menteri besar, anak petani boleh jadi menteri.

“Umno telah berubah jadi MIC kena juga berubah. Kita mahu MIC jadi parti yang moden dan progresif,”katanya ketika merasmikan mesyuarat agung MIC di ibu negara hari ini.

Hadir sama pemimpim_pemimpin komponen BN dari seluruh negara.

Najib juga menghargai peranan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu kepada masyarakat India dan BN.

Pada masa sama presiden Umno itu mahu semua komponen BN bermuhasabah atau menilai dan mengkaji kelemhan dan kekuatan.

“Kita mesti bergerak sebagai satu pasukan.

“Saya percaya MIC boleh berjaya iika sedia berubah pada masanya,”katanya.

Dalam ucapannya, Najib mengecam tiga akhbar berbahasa Tamil yang menghentam melulu pemimpin India (MIC) sehingga memusnahkan BN.

Beliau menyifatkan akhbar itu tidak memikirkan masalah masyarakat India negara ini.

Tiada ulasan: