Ahad, 11 Julai 2010

Isu tanah Sabah, PAS himpun 100,000

cikgunuar1 THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA KINABALU: Berikutan kegagalan kerajaan negeri Sabah menyelesaikan isu tanah di negeri itu, PAS Sabah akan menghimpunkan 10 ,000 orang sebagai tanda protes dalam masa terdekat.

"Tanah dirampas sewenang-sewenangnya oleh beberapa syarikat dan permohonan geran yang tidak selesai walaupun telah meneroka tanah hampir 30 tahun," kata Exco Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Dewan Pemuda PAS, Anuar Ali.

Pemuda PAS, katanya telah menyusun beberapa pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk beberapa parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan ini.

"Langkah awal himpunan 10 ribu rakyat Sabah telah bermula dengan pertemuan beberapa pemimpin parti politik di sini seperti PKR, DAP dan BERSEKUTU.

“Jawatankuasa Himpunan 10 ribu rakyat Sabah ini turut dibentuk diperingkat yang lebih kecil terutamanya dalam rakan-rakan Pakatan Rakyat PAS-PKR-DAP agar hasrat himpunan ini benar-benar sampai kepada setiap lapisan masyarakat," katanya.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu pula berkata, perhimpunan ini nerupakan satu amaran bahawa rakyat sudah tidak lagi percaya dengan kepimpinan negara yang ada sekarang.

Katanya, satu pertemuan diadakan dengan bekas pemimpin veteran daripada parti Usno, PBS dan Berjaya untuk berbincang isu-isu terkini politik tanahair khususnya di Sabah diadakan baru-baru ini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak perlulah nak buat protes, selesaikan isu ini dgn cara baik.

mantra berkata...

jika nak buat protes,buatlah secara aman, ketenteraman awam kena dijaga!

azman berkata...

rasanya tiada keperluan untuk melakukan protes seperti ini...

Mahsiran berkata...

KM telah mencuba untuk menyelesaikan kes ini. Protes yang dibuat untuk apa juga. untuk menghasut orang kejalan yang merbahaya. inikah yang dinamakan PAS. bukankah PAS ini orang baik-baik belaka. ulama-ulama alim. jadi apa guna diajar perkataan BERSABAR. Sepatutnya mereka lagi tahu tentang ini.

2718 berkata...

semuanya bertujuan untuk merampas kerajaan. bolehkah kalau mereka benar2 ikhlas dan jujur membantu? tidak perlu setiap kali ada masalah mesti dikaitkan dengan "rakyat sudah tidak lagi percaya dengan kepimpinan negara yang ada sekarang".. jelas sekali tujuan membantu hanya untuk kepentingan politik masing2.. gila kuasa..

2718 berkata...

mungkin inilah strategi PAS, setiap kali ada masalah rakyat atau isu2 kerajaan mesti ajak rakyat berhimpun.. asal ada perhimpunan mesti dari PAS. nampaknya PAS tidak ada cara lain untuk selesaikan masalah dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

samm berkata...

saya rasa tak perlulah nak buat protes.kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan isu tanah Sabah.