Khamis, 8 Julai 2010

Isu Penan: MP gesa tubuh s'jaya siasata diraja

MALAYSIA KINI



Kerajaan didesak menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan gadis Penan di Baram terus dirogol oleh pembalak, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

MP dari DAP itu berkata laporan daripada dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) membuktikan masyarakat Penan kini “ di bawah kepungan oleh kerajaan negeri Sarawak dan syarikat pembalakan”.

“Tidak apa yang dilakukan untuk melindungi kepentingan Penan. Mereka paling terdedah kepada segala ancaman di negara ini,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Santiago, beliau tidak dapat menerima alasan polis yang mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menyiasat perkosaan dan penderaan seks terhadap wanita dan gadis .

"Kita mesti menangani isu ini, khususnya kerana Malaysia telah mengundi untuk menyokong Deklarasi Hak Kaum Pribumi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...jika tidak seluruh dunia akan melihat Malaysia sebagai negara pariah,” katanya.

Selasa lalu, PKR mengumumkan akan mengadakan usul tergempar bagi membahaskan nasib gadis dan wanita Penan yang terus didera secara seksual dan dirogol oleh pembalak di Sarawak.

Ia berikutan pendedahan oleh PSG dalam laporan ang berjudul A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia, yang mendakwa gadis dan wanita Penan dirogol secara sistematik.

Tiada ulasan: