Johari Jaafar |
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam, bukannya agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam. Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, mufti itu juga tidak sewajarnya lupa dengan berapa siri penghinaan pemimpin Umno kepada Islam. Katanya, tindakan Umno yang menghapuskan tulisan jawi juga tidak sewajarnya dilupakan oleh Harussani. “Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, Umnolah penghianat sebenar kepada bangsanya,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani berhubung isu orang tengah untuk menyatukan PAS dan Umno yang disifatkan satu pembohongan. “Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata: apa, Quran boleh bikin lebuh raya ka? jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam,” ujar Khalil. |
Rabu, 21 Julai 2010
Harussani wajar tolak agenda asobiah Melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan