Isnin, 26 Julai 2010

Harga Gula 2010 vs Kesihatan Diri

Staff Berita Semasa

harga gula

Harga gula dunia sekarang RM1.10 sekilo. Kalau dahulu harga gula naik sebanyak 20 sen sekilogram kerajaan mengatakan kenaikan berlaku disebabkan kenaikan harga gula dunia pada ketika itu. Sekarang? Harga gula dinaikkan disebabkan masalah kesihatan melibatkan penggunaan gula rakyat Malaysia yang dikatakan agak membimbingkan dan dalam masa yang sama harga gula dunia telah pun turun.

Pada Januari 2010 yang lalu, subsidi gula sahaja mencecah RM1.2 billion kerana harga gula asli antarabangsa pada masa itu berada pada paras 27 cents per pound. Sekarang, harga gula asli antarabangasa telah jatuh kepada hanya sekitar 15 cents per pound. Kesihatan rakyat terus menjadi tajuk utama di media elektronik dan kebanyakan media cetak selepas Raja Gula sebelum ini, Robert Kuok memberikan hak mengimport gula dan kilang gulanya kepada syarikat milik kerajaan sedangkan pada Januari 2010 harga dinaikkan ekoran kenaikan harga gula dunia. Kebimbangan sebelum ini tentang kenaikan harga gula sudah mula dirasakan sejak setahun yang lalu.

Friday January 1, 2010
Ministry: Increase in sugar price caused by rise in price of raw commodity

PUTRAJAYA: Sugar will cost 20 sen more per kilo from today, with the new price being RM1.65 in Peninsular Malaysia and RM1.75 in Sabah and Sarawak. Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry Secretary-General Datuk Mohd Zain Mohd Dom also announced that the Government would withdraw its subsidy on white bread from today and remove it from the price control scheme.

He said the increase in sugar price was necessary due to the rise in the price of the raw commodity on the world market, especially since August, from between 14 and 16 US cents (48 and 55 sen) to 27 US cents (92 sen). THE STAR

Terbaru….bagi berita harga gula dunia ketika ini….

Slump in world sugar prices

MARRAKESH, Morocco– A slump in world sugar prices is unlikely to continue despite prospects for a good cane harvest in major producers Brazil and India, a senior official at the International Sugar Organization (ISO) said. Sharp swings in production and growing speculation by hedge funds have increased volatility of sugar prices, which slumped from as high as 30 cents per pound to as low as 14 cents before recovering to 16 cents. REAUTERS

NOTA?Itu Harga dlm USD
1pound = 0.4536kg
1 USD= RM3.20
Kerajaan memberikan subsidi pada Januari 2010 pada harga dunia USD0.27-USD0.30 per pound (RM2.20+- per pound)

USD 0.15 per pound = RM 0.48 per pound
RM0.48 per pound = RM0.48 per 0.4536kg
1kg Gula = RM1.10

Harga gula white sugar adalah RM1.80. Manakala raw sugar (gula mentah) adalah RM1.10. Kos kilang & lori untuk tujun operasi dan pengakutan + untung kedai runcit & pembekal tidak lebih RM1.70 sebenarnya. Setakat ini, Malaysia masih tidak mampu mengeluarkan gula mentah. Dahulu, Robert Kuok atau raja gula yang baru kena beli gula mentah dalam USD daripada negara luar. Kilang gula di Malaysia hanya untuk tujuan beli & masak raw sugar tersebut untuk dijadikan brown sugar, rock Sugar?Sand Sugar, Refined Sand Sugar atau Sugar Coffee Crystals.

Inilah yang terjadi apabila harga di pasaran domestik ditetapkan lebih daripada harga pasaran dunia, maka ia akan dinamakan sales tax. Maksudnya pengguna bayar tax kepada kerajaan. Sama seperti waktu harga minyak dunia jatuh pada tahun 2009 dan minyak di Malaysia sepatutnya dijual sekitar RM1.50 seliter, tetapi kerajaan Malaysia masih menetapkan harga minyak dijual pada harga RM1.80 seliter.

  • Harga dunia naik, harga di Malaysia naik
  • Harga dunia turun, harga di Malaysia masih lagi sama
  • Tiba-tiba, harga di Malaysia dinaikkan lagi….

Kebanyakan kita, marah-marah kepada Robert Kuok yang menjadi kaya-raya dengan bisnes gulanya sebelum ini, ada juga jasanya kepada rakyat Malaysia. Ada……bukan tiada langsung. Robert Kuok boleh dikatakan di sini sebagai seorang peniaga yang adil kerana harga gula di Malaysia pada ketika zamannya tidak ikut sangat harga pasaran gula dunia. Contoh? Contohnya, pada tahun 1997, USD naik ke RM4. Robert Kuek rugi teruk pada masa itu dalam bisnes gulanya tetapi harga gula tidak juga dinaikkan. Harga gula di Thailand contohnya masih lagi mahal berbanding Malaysia sebab tiada individu seperti Robert Kuok di sana. Walaubagaimanapun, kilang gula di Thailand untung sedikit pada Januari 2010 tetapi untung besar ketika ini. Kerajaan Malaysia hanya memberikan subsidi kepada Robert Kuok bermula tahun 1999.

  • Kalau anda yg beli barang harga RM2.70, jual dgn RM3.50. Betul kan? (Sebagai anggaran dan contoh)
  • Bolehkah anda tahan beli barang harga RM4.00, jual dengan RM3.50 ??
  • Hanya Robert Kuok boleh tahan!!!
NIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS

Stevia

Mungkin sebegai cadangan, kalau betul kerajaan prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat, mungkin cadangan ini boleh diambil perhatian. Sebagai contohnya, kenapa tidak kita majukan sejenis tanaman yang dipanggil STEVIA yang berpotensi untuk menggantikan gula tebu. Yang bagusnya pokok STEVIA ini jikalau kita minum banyak-banyak pun susahuntuk menghidapi diabestes. Walaupun, rasanya manis kepahitan sedikit, tetapi jikalau dibuatkan penyelidikan yang lebih terperinci, rasa pahit mungkin boleh dikurangkan.

Gula STEVIA tu secubit dua dah bleh memaniskan segelas air. Tetapi mungkin kos tanaman dan pengeluarannya agak mahal sedikit. Jikalau untuk pelaburan jangka masa panjang mengapa tidak? Tidak pelrulah kita nak risaukan harga gula dunia naikla atau masalah diabetes rakyatla..kan.

Tiada ulasan: