Selasa, 6 Julai 2010

Hanya Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat Boleh Selesaikan Masalah Warga Sabah

Oleh Frederick Luccas


SHAH ALAM - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyuarakan kebimbangan beliau terhadap peningkatan masalah sosio-ekonomi dan kemiskinan yang berlaku di Sabah dan membidas kerajaan Umno-BN Sabah yang tidak prihatin dengan nasib malang yang menimpa
warga sendiri.

Semasa berucap pada forum 'Kemelaratan Rakyat Sabah di Lembah Klang' Ahad lalu beliau berkata sudah tiba masanya untuk membincangkan isu ini bersama warga Sabah kerana ramai warga Sabah kini sedar kerajaan Umno-BN Sabah tidak langsung mengambil berat kebajikan mereka samada
di dalam mahupun di luar Sabah.

"Ini merupakan satu kesedaran kepada saya, bahawa terdapat permasalahan sebegini terutamanya terhadap warga Sabah yang telah lama ditindas.

"Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang membantu yang telah mengambil inisiatif mewujudkan satu jaring keselamatan, untuk membantu warga Sabah yang tidak bezanya dengan kita, di Lembah Klang, yang memerlukan bantuan," kata beliau lagi.

Tambah Dr Wan Azizah, perkara ini merupakan satu bentuk eksploitasi manusia yang dilakukan oleh manusia sendiri.

"Satu dosa yang dilakukan sepatutnya tidak berlaku, tetapi oleh kerana wang duit, mereka (agensi) melakukan penipuan sebegini," kata beliau mengulas penipuan agensi pekerjaan yang membuat janji manis membawa warga Sabah ke Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau lagi, isu ini perlu ditangani bersama-sama dan langkah pertama ialah mewujudkan kesedaran kepada rakyat.

"Kita perlu memberikan kesedaran kepada rakyat. Kesedaran merupakan titik permulaan, memberikan kesedaran kepada rakyat, bagaimana kita dapat menolong, bagaimana kita dengan niat, menyatakan komitmen bagi menangani masalah ini. ini yang kita mahu ketengahkan pada petang ini," tegas beliau.

Tambah beliau, sokongan yang ditunjukkan oleh peserta yang hadir pada forum itu merupakan satu petanda yang baik yang menunjukkan keprihatinan warga Sabah serta melambangkan pengemblengan tenaga oleh kesemua pihak dan NGO dalam menangani masalah ini.

"Eksploitasi ini merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku terutamanya terhadap kita, sesama manusia. Maka apa kita boleh buat? Kita boleh buat sesuatu kerana setiap tindakbalas itu kitalah faktornya, sama-sama mengubah. Kita di Pakatan Rakyat melihat masalah ini sebagai masalah semua. Warga sabah sama seperti kita, tidak berbeza dan keadilan juga sama, tidak berbeza.

"Sabah merupakan satu negeri yang begitu cantik, dan kaya dengan hasil semulajadi terutamanya petroleum. Bagaimana keadaan ini boleh terjadi, kemiskinan terlampau ini?" tanya Dr Wan Azizah.

Kata beliau, Pakatan Rakyat sedar akan kesusahan rakyat Sabah, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan di bawah penguasaan Umno-BN.

"Sabah menjadi begini kerana isu polisi yang ditetapkan lama dahulu oleh kerajaan Umno-BN dan hanya ada satu cara sahaja untuk menukar polisi itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya," tegas Dr Wan Azizah lagi.

16 ulasan:

2718 berkata...

sebenarnya terdapat banyak peluang pekerjaan di Sabah tapi golongan belia ini lebih berminat untuk berkerja di SM. tidak ada faktor yang menekan mereka di Sabah shingga sanggup merempat di SM. walaupun PR mengambil alih Sabah, belum tentu mereka boleh selesaikan masalah ini kerana ia bukannya disebabkan polisi, tapi sikap belia itu sendiri.

madd berkata...

penduduk sabah tidaklah terlalu miskin seperti yang digambarkan..penghijrahan penduuduk sabah ke SM adalah kerana faktor mentaliti yang menganggap bekerja di luar daripada sabah adalah lebih baik..

samm berkata...

di sabah sebenarnya terdapat banyak peluang untuk bekerja tetapi belia sabah yang memilih untuk berhijrah ke semenanjung...

Jason berkata...

That is why back-up plan is important in case things didn't worked out as it suppose to be.

thinaj berkata...

Let it be a lesson to all sabahans out there who intend to find jobs in WM. Think twice before deciding to work there.

Tanpa Nama berkata...

mmg Sabah masih lagi mundur, tp Sabah tak lah terlalu mundur seperti yang digambarkan, kmi sebagai penduduk sabah hidup dalam keadaan selesa. bagi masalah rakayt sabah diSM tu, kat sabah ni sebenarnya byk peluang pekerjaan. tak perlu jauh nak cari kerja.

2718 berkata...

sekadar meyakinkan rakyat dengan mendedahkan masalah2 di Sabah belum cukup untuk kamu meraih sokongan. kalau betul mahu bantu, cari penyelesaian dan perancangan, bukannya minta undi dahulu baru bantu..

Boten_Trish berkata...

Hurm. It seems like they are just trying to bring the people's attention by saying like only they can help the people of Sabah's problems which I find it will be on empty promise. If it wasn't, then I suggest they walk the talk instead of sitting there doing nothing.

Paquin berkata...

Hanya Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat Boleh Selesaikan Masalah Warga Sabah????
oopssss telebih konfiden si gaman ni. hahahhaa

Paquin berkata...

Tunggu dan lihat ja la nanti. Rasanya rakyat lebih percaya umno/bn biarpun banyak gosip -ve pasal parti ni digembar-gemburkan. hehhee

Ted Medresher berkata...

sekarang ni rakyat kurang berminat dengan janji, mereka lebih berminat dengan pelaksanaan.. oleh itu tunjukkan usaha2 yang lebih kepada pelaksanaan..

tombolo berkata...

blum tentu lagi PKR sahaja boleh menyelesaikan masalah ini, ini bukannya masalah yg boleh selesai sekelip mata, sebaiknya semua pihak bekerjasama.

Anak Sabah berkata...

Kerajaan mana pun bukan masalahnya, asalkan mereka boleh berkhidmat kepada rakyat, itu yang penting.

Mahsiran berkata...

macammana kerajaan sabah mahu bagi kerja sekiranya mereka tidak suka dengan kerja yang ditawarkan disabah. banyak peluang pekerjaan tapi orang sabah tetap tidak mahu kerja di sabah dan lebih suka kerja di SM. tapi sekarang tengok sendiri, kerajaan dipersalahkan kerena segolongan orang sabah yang tidak pandai berfikir. pembangkang memang suka dengan isu ini. cari kesalahan katakan.

Sanih Alias berkata...

kerajaan pusat pakatan rakyat boleh selesaikan???atau ini hanya kata-kata untuk akhbar... apa tu selalu dikatakan oleh pihak pembangkang..hanya cakap kosong..mungkinkah juga PR serupa juga..

Tanpa Nama berkata...

apakah jaminan bahwa PR boleh menyelesaikan masalah warga Sabah? jgnlah mengatakan janji jika blum pasti boleh lakukan. jgn nnti tinggal janji ja.