Selasa, 27 Julai 2010

Dua tentera cedera, seorang parah, payung terjun gagal berfungsi

SINAR HARIAN

BESUT - Dua anggota tentera yang sedang menjalani latihan payung terjun di Pangkalan TUDM Gong Kedak dekat sini cedera dengan seorang daripadanya parah apabila payung terjun yang digunakan untuk latihan gagal berfungsi.

Menurut seorang pegawai tentera yang enggan dikenali, kejadian dikatakan berlaku antara jam 11 pagi dan 12 tengah hari ini.

Kedua-dua anggota tentera dikenali sebagai Hasnizam Ab Wahid, 23, yang parah dan Mohd Eddy Effendy, 22, yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Daerah Besut, di sini.

Buat masa ini, Hasnizam yang dikatakan berasal dari Banting, Selagor masih kritikal dan tidak sedarkan diri manakala Mohd Eddy yang berasal dari Raub telah dibenarkan pulang ke pangkalan.

Bernama yang membuat tinjauan di Hospital Daerah Besut mendapati Hasnizam masih dirawat di hospital berkenaan oleh pegawai perubatan Hospital Daerah Besut dan pegawai perubatan dari Pangkalan TUDM Gong Kedak.

Bagaimana pihak media yang cuba mendapatkan maklumat lanjut gagal berbuat demikian kerana pihak yang bertanggungjawab enggan membuat sebarang kenyataan.

Hasnizam yang patah di beberapa bahagian badannya dikatakan terjatuh di atas padang golf pangkalan tersebut, manakala Mohd Eddy pula terjatuh di atas bumbung sebuah bangunan dalam pangkalan itu.

Tiada ulasan: