Rabu, 14 Julai 2010

Diplomat Kanan Malaysia Meninggal Dunia Di New Delhi

BERNAMA

NEW DELHI: Seorang diplomat kanan Malaysia meninggal dunia di New Delhi selepas sakit dalam tempoh masa singkat.

Rahmat Md Salleh, Setiausaha Kedua (pentadbiran dan kewangan) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Delhi meninggal dunia di kediamannya pada kira-kira 11 pagi, Selasa.

Menurut seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Rahmat, 51, dimasukkan ke sebuah hospital swasta hampir tiga minggu dan dibawa balik ke rumahnya pagi ini selepas keadaan kesihatannya semakin teruk.

Jenazahnya akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur malam ini dan akan dikebumikan di Putrajaya, hari ini.

Rahmat, yang berasal dari Johor, berkhidmat di Delhi hampir lima tahun.

Tiada ulasan: