Jumaat, 23 Julai 2010

Curi pasir: Kerajaan Negeri minta bantuan PDRM

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri berharap mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangkap pencuri pasir di negeri ini seperti mana yang dilakukan polis Pulau Pinang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selain kerjasama itu, beliau juga berharap pihak polis dapat memberikan khidmat nasihat untuk mengatasi masalah curi pasir di negeri ini.

“Kita mahukan kerjasama daripada polis dan kita lihat bantuan daripada pihak polis Pulau Pinang telah membuktikannya dengan menangkap pencuri pasir di Georgetown,”katanya pada sidang media semalam.

Abdul Khalid berkata, beliau telah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar minggu lalu untuk mendapatkan kerjasama mengatasi masalah itu.

Tiada ulasan: